Alhamdulillah aku dah melepasi 3 papers! wuhuuuuu! esok lagi satu lepastu i am free for while bebeh! Another week then i will have 2 papers more and hello semester 2 :0
Petang-petang macam ni memang best buat kerja, ulangkaji sikit lepastu sambil sepoi-sepoi udara menikmati lagu Jangan-Jangan nyanyian Waniey ni. Aku tak kenal dan layan sangat lagu Melayu tapi aku rasa citarasa artis kita semakin baik. Bukan aku nak kritik cakap dulu lagu Melayu teruk, tak!!!! Mungkin jiwa aku tak kena dengan lagu Melayu. Aku lebih suka melayan lagu korea yang sentimental dan sepoi bahasa dan lagu Inggeris. Hamboi mentang-mentang tengah belajar TESL kan! Contoh macam lagu ini :
Sangat kena dengan jiwa. Kang dengar yang hard rock sangat tak berani nak masuk dalam kepala ilmu-ilmu ni hahaah. Tapi, lagu Jangan-Jangan ni pun menarik perhatian aku sejak akhir-akhir ni. Kadang-kadang tengah memandu lagu ni duk berbunyi kan, rasa happy dan ceria je. Mungkin sebab maksud lagu ni kot.
Waktuku pulang dengan mama
Engkau berada di luar jendela
Mataku pun mula meliar
Inginkan memerhati kamu saja
Berdegap-degup jantung lari
Sampai menggigit setiap jari jemari
Aduh terasa sakit perut ini
Kenapa kamu harus ada di sini
Jangan jangan
Jangan kau datang menghampiri diriku
Jangan kau jangan buatku rasa malu
Aku tak mahu tak mahu ohhh
Usah lagi
Usah ke mari
Usah kau curi hati
Belum masanya belum boleh lagi
Ku tak mampu
Sorry I'm so sorry
Dengar suara memanggilku
Dari belakang seperti aku tahu
Ku menoleh dalam tak pasti
Rupanya dia yang sedang berdiri
Terbatuk-batukku jadinya
Melihat dia tersenyum manja
Luluh hatiku melihat dia
Terasa panasnya seluruh muka
Jangan jangan
Jangan kau datang menghampiri diriku
Jangan kau jangan buatku rasa malu
Aku tak mahu tak mahu ohhh
Usah lagi
Usah ke mari
Usah kau curi hati
Belum masanya belum boleh lagi
Ku tak mampu
Sorry I'm so sorry
Jangan jangan
Jangan kau datang menghampiri diriku
Jangan kau jangan buatku rasa malu
Aku tak mahu tak mahu ohhh
Usah lagi
Usah ke mari
Usah kau curi hati
Belum masanya belum boleh lagi
Ku tak mampu
Sorry I'm so sorry
Jangan jangan
Jangan kau datang menghampiri diriku
Jangan kau jangan buatku rasa malu
Aku tak mahu tak mahu ohhh
Usah lagi
Usah ke mari
Usah kau curi hati
Belum masanya belum boleh lagi
Ku tak mampu
Sorry I'm so sorry
Korang baca pun sweet kan? Tak sweet? Ada aku kesah? huahuahua.
Aku betul-betul setuju dengan prinsip yang Waniey cakap ni. Kita(perempuan) terutamanya yang tengah belajar lagi ni. Sebab kita sememangnya belum bersedia dan belum bersedia. Aku bercakap kepada anak-anak gadis sebaya yang masih menganggap bangun pagi itu pukul 12 tengah hari, yang masih merasakan masak maggie adalah yang terbaik mampu dilakukan dan yang merasakan perasaan dia adalah yang harus diutamakan.
Aku tak nafikan aku pun belum bersedia. Masih mengutamakan hati dan perasaan aku dalam segala hal. Masih menginginkan aku yang dipujuk dahulu. Tapi, ada hati nak kahwin.Sebelum umur menjejak 25 pulak tu! *jeling diri sendiri*
Sebab itu aku selalu ingatkan diri aku, setiap kali timbul keinginan untuk kahwin, aku akan persoalkan diri aku;
" Kenapa nak kahwin? "
" Sebab nafsu? "
" Sebab kawan-kawan yang lain semua sudah berpunya? "
" Sebab LONELY ?"
LONELY ?
Jadi, bila dah kahwin lepastu rasa bosan rasa rimas, cerai? Hahaha mudahnya --'' *nampaknya mizah mula melalut*
Tapi, tak boleh jugak salahkan perempuan yang memang tak reti buat kerja rumah dan asyik hashtag relationship goals kat instagram,twitter, facebook lol! Lelaki harus ingat, jangan diusik jika sekadar mencuba. Jika tidak serius jangan dicuba. Kerana perempuan itu rapuh. Dia mudah jatuh sayang. Bila sudah jatuh sayang dia akan sukar menerima pendapat orang lain. Bila sudah jatuh sayang dia hanya nampak si lelaki. Bila sudah jatuh sayang hubungan yang retak takkan pernah jatuh baik seperti dulu.
Doa. Doa banyak-banyak agar dia pimpin hati kita. Pimpin kita ke arah yang diredhai. *bila ustazah berceramah* Weh, couple-couple ni tak payahlah! Hati terseksa. Kesian kat hati tu. Allah bagi satu je sebab nak kita jaga elok-elok. Kalau dah rosak, nak baiki cemana? Memanglah ALLAH ada, tapi siapa kau nak ramal apa yang akan jadi?
Ni cuma pendapat aku. Maafkan aku kalau bercanggah. Sebab ini PENDAPAT.
No comments:
Post a Comment
komen je nanti saya reply kay!