Monday, 1 June 2015

GDO 1 : Sushi King Paya Bunga Square Terengganu



Assalamualaikum and hai!

Typical(kebiasaan) pelajar kan, when they are at school/campus, they want holiday. but when holiday comes some of them wish that holiday will just dushhh--- go faster and some even do not want the holiday to end. lol as me, i always emm, waiting for the holidays to end. Because i totally got nothing to do at home.

So, aku dan dua idiots lain buat rancangan nak keluar ke bandar. Ahahaha Mulanya si Asmaa yang cadangkan keluar tu sebab kebetulan ketiga-tiga tengah cuti. Pastu, Zahirah pulak dia dah memang on je sebab rumah dia dengan Asmaa memang dekat. Sekampung kot. lol Diorang berdua ni lah yang aku bagitau dalam post lepas pasal kenalan dari kenalan yang dikenali tu. What a small world ...

Solusinya? Kami pergi ke Paya Bunga Square, sebuah pusat emmm shopping (kot?). Entahlah diction apa yang sesuai sebab aku balik cuti je tetiba dah tersergam indah kat tengah-tengah bandar Kuala Terengganu ni. Bersebelahan stesen bas je pun.

sumber : tengganukita.my
 Tapi, tak banyak sangat lagipun kedai-kedai kat dalam PB Square ni, mungkin sebab baru lagi kut. Aku sempat lah usya ground floor dan tingkat-tingkat lain. Kalau ground floor, ada Sushi King *menjerit meleleh air liur* Kat Kelantan pun ada sebenarnya SK ni, cuma belum berkesempatan lagi masuk. Bukan senang oi nak tunggu semua orang free and full-pocket jadi aku pun tanpa ragu-ragu ajak Asmaa dan Zahirah masuk SK. Tapiii~ sebelum tu kami pergi naik tingkat atas dulu, exploring katanya. Explore apa tah padahal kedai pun tarak yang bukak lagi masa tu. Ahh, kalau di tingkat 2, ada kedai baju-baju macam tu jela. Naik satu tingkat lagi, jumpa kedai buku Banggol dan gajet. Tak banyak sangat. Tempat balloon float tu aku tak pasti tingkat mana but surely budak-budak suka. Ada kereta kawalan jauh kecik dan macam-macam *promoter tegar*

Lepas tu, Asmaa ni beria-ria nak tunjuk kat kitorang tandas PB Square. Dalam hati aku,

" Pebenda lah, tandas je pun? Hebat ke? "

Masuk je tandas, terkedu aku. Memang havoc wehhhhh!

Dinding dia marmar camtu tu, lantai ni lupa nak amik tapi gila ah. Luxurious
Medan selera pun ado. Tapi, medan selera kami should be Sushi King. hehehehe

Sebelum masuk acah-acah selfie
Then, makanan yang terapung ibarat kereta api melalui di celahan meja, menggoda kami untuk masuk,


Well, for the noobies, I will share you some of the menus here. Bagi yang berpendapatan rendah macam aku ni, okay lah. Harganya tak terlalu mencekik kecuali kau bernafsu tinggi semua benda nak makan pastu tak sedar amik yang paling mahal, memang kau tanggung ah hahahaha. Actually, anggaran budjet aku tak sampai RM50, around RM20-RM30 macam tu. Tapi, belanjawan kami hari tu? Nanti kita cerita.


Untuk penjimatan bersama, kami ambil Green Tea 1Litre dan Mangga tak-tahu-lapisan kat bawah tu. (lupa sebenaqnya) pastu kongsi. Sebenarnya, aku sorang je nak Green Tea tapi Asmaa batalkan dia punya order nak jugak Green Tea. Nak kongsi katanya. Aku risau gak sebenarnya sebab aku ni hantu GT. Members aku semua tak suka cakap taste aku pelik lah apalah tapi aku tak sure lah Asmaa ni memang suka GT or sebab nak merasai kepahitan bersamaku*nangis terharu* Tsk.

Harga dia pun boleh tahan. Untuk makanan, Zahirah pesan sejenis udon or ramen  bernama Tenpura Udon. Rasa dia perghhh! Memang mengenyangkan walaupun kau makan mangkuk kecil. Sebab udon dia bapak tebal. Gendang gendut perut kau!


Nampak tak muka excited dia tu? Sebab ketebalan udon yang menyengat gilaa! Menu aku kongsi dengan Asmaa. Kongsi lagi memang kitorang ibarat kembar sejiwa lah. Semua benda nak kongsi hahaha. Menu kitorang pula; Ten Don dan Miso Sup & Chawanmushi. Set kami ni interchangeable menu. Kami boleh amik satu menu dan pilih side dishes yang lain, okay gak ah! Sebab boleh merasa berlainan menu haaa gitteww


Ni side dishes. chawanmushi ni sebenarnya telur. Memandang aku penggemar telur jadi it's not a problem to this hahaha. Rasa dia macam soya sikit. Tapi manis dan cair dalam mulut lulz. Miso soup tu pulak rasa dia manis jugak, memang manis-manis semanis pelanggan betul menu-menu dia opss.

sumber : www.sushi-king.com
 Nilah Ten Don. Bukan tendon saraf tu yeee! Jangan nak medical sangat lol. Basically, dia semangkuk kecil berisi nasi + udang salut tepung + kacang hijau salut tepung. Makan dengan Miso Soup perghhhh! Semua gambar hanya mampu dicilok dari google sebab bila makanan sampai, terus tak ingat dunia hoi. Sambar terus makanan onomnomnomnom tak sempat selfie pun *berhuhuhuhu*

Haaaa, pinggan-pinggan yang terapung di celahan meja tu, kami sebolehnya amik yang bermurah sahaja. Sederhana gitteww. Tahik betul padahal sebab dah kenyang gilaaa kot makan Ten Don semua tu. Curious tak kami ambil apa? Hahaha mostly pinggan berwarna biru dan kuning. kahkahkah okay meh nak habaq cara dia. Pinggan yang tersusun rapi di eskelator / gelungsur/  keretapi/ whatever yang korang panggil ada pelbagai warna. Dan warna tulah yang membezakan harga. Bermula dari biru hingga ke hitam dari harga RM 3 - RM 10 kot? Tapi, dari awal sampai ke akhir kitorang tunggu jeeeee yang pinggan hitam tak sampai sampai *berhuhuhu*

1st pick : taktahu nama apa tapi tak jadi makan sebab mentah or sebab pinggan kaler merah(mahal sikit) kitorang memang miskin pun -.- 

2nd pick : Tomago maki
3rd pick: egg mayo

4th pick: Mixed salad(tobiko salad) tapi actually gambaran dia lain. sipi-sipi lah ni.
5th pick : Inari
Amik tapi letak balik sebab kenyang *nangis*
sumber: flickriver.com  
Belakang receipt Sushi King. Lawa gilos!

okay last selfie lepas makan :)

Memang nak menangis makan kat sini. Tak puas hoi. Rasa sepanjang cuti nak berkampung kat sini je. Jadi, aku boleh bagi Sushi King 8/10 rating haaa. Lepas Sushi King, kami berjimba di Chinatown pula. Di entry akan datang. This first Girls' Day Out is daebak!

sekian, muah

No comments:

Post a Comment

komen je nanti saya reply kay!

Labels

bloggingchallenge (31) travel (23) thought (16) IPG (12) personal (12) random (12) budak_sekolah (10) mylife (10) TESL (9) EnglishTeacher (6) Kota Bharu (6) soal hati (6) Kelantan (5) Miri (5) SBE (5) study (5) tips (4) umum (4) withfamily (4) food (3) friendship (3) hiking (3) marriage (3) outdoor (3) reviewnovel (3) sharing (3) smaasza (3) 2016 (2) foodporn (2) muhasabah (2) peringatan (2) relax (2) suara hati (2) #Pray (1) Bella (1) UPNM (1) aviation (1) buatmu (1) budak_jakun (1) crush (1) kahwin (1) korean (1) kualalumpur (1) layan (1) macam2 (1) motherhood (1) myRun (1) podcast (1) sahabat (1) sekolahku (1) sushiking (1)