Assalamualaikum. Sihattt ?
Saban hari, setiap manusia nak berjaya. Saban waktu, setiap orang nak naik ke atas. Biasalah. Aku jatuhkan kau, kau jatuhkan aku. Kau main kotor, aku main bersih. Ekekeke. Kita tak pernah nak puas dengan setiap kejadian yang berlaku dalam hidup kita. Tapi, cukupkah persedian kita untuk persaingan itu ?
Kita nakkan 'benda' tu, tapi kita tak pernah bersedia untuk mengharungi cabaran yang mendatang. Last last minit itulah yang kita suka. Cikgu mintak essay, dua minggu kemudian baru kita hantar. Tu pun kalau teringat. Kalau lupa, haremmm nak ingat ! Lecturer mintak assignment, lima doploh minit kita hantar lewat. Itupun atas belas ehsan lecturer. Dua minggu lagi nak match, seminggu kemudian baru nak practice.haha... terasa ? Itulah kita. Tak pernah nak bersedia dengan segala kemungkinan yang datang.
Bila kita kecundang, mulalah menyesal. Menggelabah tak tentu pasal. Tu pun kalau ada rasa bersalah dalam hati kudus tulus. Mulalah salahkan diri sendiri sambil tepuk tampar pipi gaya Harry Potter rasa bersalah dengan kematian Dumbledore. Kalau tak lebam pipi, selagi itulah tampar tempur pipi tomey dia tuh.
Waktu tu, tak perlulah nak menyesal. Yang tak prepare awal awal tu kenapa ? Kenapa kau asyik berbangga dan nak meraikan kejayaan yang tak seberapa sedangkan cabaran yang besar sedang menanti di hadapan ! Seolah olah kau berbangga dengan kejayaan kecik kau tu. Usaha kau untuk cabaran besar tu ke mana haaah ? Yakin sangatlah yang kau akan menang ? Menang tanpa bertanding tak palah jugak. Ni, lawan kau semuanya dah makan asam sebelum kau. Bila kau kecundang ? Jangan salahkan orang lain ...
Kalau dah tahu kemampuan kau tu tak seberapa, pandai pandailah kau practice sampai lebammm ! Ni tak ! Kalah orang pro, pro pun berlatih sampai lebam. Tak macam kau ! Berlatih lima minit, dah semput. Kalah orang lelah batuk selesema kat tanjung rambutan. eh eh, tak de kaitan!
No more things to say.... just muhasabah diri ek ?
Showing posts with label peringatan. Show all posts
Showing posts with label peringatan. Show all posts
Friday, 25 May 2012
Tuesday, 29 November 2011
Nampak je kecik
Assalamualaikum and greetings to all...
hari ini mood aku rasa cam nak naik sedih jer memanjang. Entah ape kehalnya? Bukan apa, tengah2 syok tengok cerita Full House tadi kat ntv7, tetiba terasa perut meragam. Alahaii ~ tanda dia nak berisi la tu, berisi? hehehe... berisi makanan lah, ayooo...
Syok sangat makan ke nasi tu sampaikan tercekik dek tulang ikan ni haa.. Aiseyman, muntah2 aku dibuatnya tulang ikan ni. Perut yang terisi kembali kosong. Rasa cam mencucuk jer kat tengkuk ni. huhu..wa !!!! *panggil mak* Apa lagi, call la umi.
" Kenapa? "
"Erm, tercekik tulang ikan " *control malu* Tak malu tul, tercekik tulang ikan pun nak bagitau kat mak !
"pergi kat tuk. She knows what to do ".
Kliik! Aik? Bagitau kat tuk ajer? Pastu? Mak aku ni sayang anak ke tak sebenarnya. hmm..
Tuk aku ni pun bagi la minum air kosong yang sudah dibacakan ayat2 tertentu. Ayat2 Qur'an lah. Tak main la bomoh2 jampi2 kumat-kamit nih. hehehehe...=)
argh... Alhamdulillah, lega sikit rasanya. Takder la sakit macam tadi. Ko ni tulang ikan, nak membunuh betul. Cam menyesal pun ada goreng ikan tu tadi. Kalau tak takkan dimasuknya dalam tengkuk aku ni tulang diorang. Nak buat macam mana ? Dah nasib ko ikan. Tapiii kan, rasa kagum la jugak dengan tulang ikan ni. Nampak jer kecik, tapi kalau dah terkena, tak perlu kata apa2 , senyum..*lagu Najwa* wassalam jer lah. Peritnya menyakitkan. Apa yang dapat di buat cuma berdoa dan berusaha supaya tulang yang terlekat tu tak menyakitkan. Boleh ker..?
Bila tulang sekecil tu boleh buat aku merana, macam tulah hati kita. Hati manusia boleh dikatakan organ badan yang kecil dalam tubuh manusia. Hati,hati,hati, erm tugas dia ialah merembeskan hempedu *entah betul ke tidak* aku teka jer. tapiii, tengoklah macam mana kesan hati kepada manusia jika dia bikin masalah. Kadang2, kita dapat lihat fenomena biasa dalam dunia kini ~
" Eh, budak tu bertudung, tapi couple "
"Eh, solat lima waktu tapi mencuri "
"Eh, mak ayah ustaz ustazah, tapi dia sendiri dah macam J.Lo "
| ~ Maaf ! ini bukan saya, ini jiran rumah sebelah ~ |
| Add caption |
Banyaknye 'Eh' tu. Itulah yang dikatakan rambut sama hitam tapi hati lain2. Hati dalam diri seseorang yang berjaya mengawal setiap perlakuan zahir kita kepada persekitaran. Kalau dah hati cakap macam tu, jika nafsu mula merajai hati, jika syaitan mula menguasai diri alamatnya takda pa la...
.
.
oleh itu, hati kita, hitam atau putih, atau kelabu dia hanya kita dan Allah yang tahu. So, penawarnya apa..? Banyak2 lah meminta kepadaNya agar hati kita tidak terpesong dari landasan yang betul. Dan, ingat ! Jangan Lupa Al-Qur'an dan Al- Ma'thurat. Solat terutamanya kerana solat ialah isu pokok dalam kubur nanti.
Seperti sabda Rasulullah S.A.W, hati itu raja. Haa, kalau dah diberi mandat RAJA tu ko faham2 la kan betapa berkuasanya dia..
p/s ~ jangan ingat benda kecil tak der apa bro. Sometime, it might kill you. Sakit lagi tekak nih ... =((
Subscribe to:
Comments (Atom)
Labels
bloggingchallenge
(31)
travel
(23)
thought
(16)
IPG
(12)
personal
(12)
random
(12)
budak_sekolah
(10)
mylife
(10)
TESL
(9)
EnglishTeacher
(6)
Kota Bharu
(6)
soal hati
(6)
Kelantan
(5)
Miri
(5)
SBE
(5)
study
(5)
tips
(4)
umum
(4)
withfamily
(4)
food
(3)
friendship
(3)
hiking
(3)
marriage
(3)
outdoor
(3)
reviewnovel
(3)
sharing
(3)
smaasza
(3)
2016
(2)
foodporn
(2)
muhasabah
(2)
peringatan
(2)
relax
(2)
suara hati
(2)
#Pray
(1)
Bella
(1)
UPNM
(1)
aviation
(1)
buatmu
(1)
budak_jakun
(1)
crush
(1)
kahwin
(1)
korean
(1)
kualalumpur
(1)
layan
(1)
macam2
(1)
motherhood
(1)
myRun
(1)
podcast
(1)
sahabat
(1)
sekolahku
(1)
sushiking
(1)