Hi! Guyyyyyssss been missing you here!
I was so occupied with all sorts of things lately; assignments, run, hiking, and then tutorials, presentation ( students' lifeeee fuhhh~)
To be honest, i love this hectic life. Makes me forget that actually i have been broken for 2 months already hew... So, i have move on and i can accept the truth now. Sumpah rasa nak mati je kalau aku duk terperap kat bilik hoi. Makan hati, makan kenangan ... eh eh hahaha


So, first thing first aku nak ceritakan kronologi aktiviti bermakna yang aku dah buat sepanjang Jan-Februari 2018 ni. Mula-mula, aku agak sibuk dengan persiapan hiking ke Gunung Irau, Gunung Suku, Gunung Yellow dan Gunung Pass.Cemana boleh join aktiviti lasak macam ni? Haha sebenarnya aku pun tak tahu, tiba-tiba je nampak iklan yang dipromote oleh senior dan terdetik nak join. Pulak tu, ada geng yang sekepala perangai lasak nak join jugak aku pun apalagi join je leeeee. Trip hiking ni anjuran kelab di IPG Kampus Sultan Mizan, Terengganu. Maka, disebabkan bakal-bakal cikgu jugak yang menganjurkan trip ni aku pun makin yakin dengan keputusan aku. Aku rasa aku kena start keluar dari zon selesa. Lagipun, dah sem 6 kan? Takkan asyik nak balik rumah je kerja. Kenalah biasakan diri dengan aktiviti luar ye dak? CIkgu serba boleh gitcheww !
Maka, persiapan aku sangatlah gah sebab first timer kan.... lol. Shopping bag, perkakasan, sweater, then benda-benda portable untuk aktiviti hiking agak memakan masa dan duit. Trip ni just around RM 150 if i'm not mistaken including company food, welfare and alat-alat. Okay sambung lagi, maka aku dengan Aqilah pun gigih lah pi Wakaf Che Yeh lah, pergi kedai itulah, inilah semata-mata hiking kauuu ado? Maka tarikh kami pergi ialah 16-18 Februari 2018 iaitu Cuti Chinese New Year. Secara rasminya, buat pertama kali aku tak balik ke rumah semasa cuti sekolah haaaaa pengorbanan demi sebuah pengalaman yang tiada harga :)
Aku dan Aqilah carpool ke Mizan dulu, pagi Khamis 16 Februari tu then petang around pukul 3 tu baru kami bertolak ke Lojing. Kami seramai 12 orang; 10 orang guru pelatih IPGKSM + IPGKKB, 1 UPNM and 1 Alumni IPGKSM.
 |
| time ni budak UPNM yang amikan gambar |
Carpool 3 kereta, mine, Amri and Aiman.
Kereta aku (Myvi) : Aku, Aqilah, Afiq, Naim
Kereta Aiman : Aiman, Alang (UPNM), Ain, Nad
Kereta Amri : Amri (alumni), Harriz, Syara, Ain Hamzu
Buat pertama kalinya, baby blue aku berjalan jauh dan dipandu oleh seseorang yang baru dikenali tak sampai 24 jam pun haha. Agak berdebar sebab baby blue baru je eksiden 3 bulan lepas then dah bawak jauh-jauh tapi aku yakin, okay2 saja sebab restu umi dan abah tu ada. cewah.
Masing-masing gerak then berhenti makan, beli barang yang belum cukup then terus gerak ke Lojing. Kami sampai ke Masjid Lojing agak lewat around 2 pagi rasanya? Then, terus tido nak gain energy hiking awal pagi esok (Jumaat, 17 Feb). Ini pengalaman baru jugak, tidur di masjid dengan suhu yang agak sejuk, kalah Cameron weh! Menggigil tidur pastu agak tak lena sebab setiap 1 jam mesti terjaga. Maybe perubahan tempat or suhu ataupun excited + nervous nak hiking.
Awal pagi Jumaat, 17 Feb 2018.
Aku dan Qilah bangun jam 5 lagi then terus bersiap basahkan badan tukar ke baju hiking. Tandas dia cun cuma ada beberapa je la yang tak function macam tombol air hujan tu, then tandas dia kena tahan sikit la dengan bau. Alah, biasalah tempat persinggahan kan. Ramai gila hikers yang berkumpul kat Masjid Lojing ni dan memang tempat berkumpul kut. Habis subuh je ramai lah hikers duk kat kawasan parkir, bersedia untuk agihkan barang company then cek2 mana yg kurang. Kami pun bersiap untuk bertolak ke SK Kampung Raja, Cameron Highland.
 |
| Awal pagi : Masjid Lojing |
 |
| malam sebelum tiba di Masjid Lojing. Agih barang company |
Time agihan barang company nilah banyak sangat aku belajar. Aku belajar :
- cara nak save space untuk bag hiking
- cara nak kecikkan botol minuman for max use
- keperluan dan kemahuan (makanan/ubatan/makeup stuff)
- Instead of bringing along all those makeup stuff i would just bring scrubbbb--pap--pap hahaha
Kereta semua park di SK Kg Raja, CH tapi ada caj la. Then dari SKKR kami naik hilux ke kaki bukit tempat mula pendakian.
 |
| Time ni harriz pulak amikkan gambar :) |
 |
| le boys |
 |
| le girls |
Puncak pertama yang ingin kami tawan : Puncak Suku. memakan masa dalam 4 jam jugak. Pukul 9 start then tengahari sampai puncak. Then kami solat jemaah, makan lunch yang dipack awal pagi tadi kat Masjid KG Raja. Sumpah weh, bagi aku G. Suku lah yg aku taknak repeat. Dia punya mencanak naik tu fuhhh memang menguji mental dah awal2. Malu gila kotttt sebab awal-awal dh mental haha! Thank youuuu kat geng yg banyak bantu aku dari awal terutama leader. Sumpah terharuuuuu~
Then, kami bergerak ke Kem Bear, kawasan penginapan untuk first night. Pada pengharapan aku mulanya, aku ingatkan Kem Bear ni macam kem lah kan? Bila sebut kem terbayanglah ada tempat mandi such as toilet yg agak terbina (at least ada dinding lahh haha) then bila sampai, pacakkan khemah (yg ni dh boleh agak dah tidur camni sebab ada sleeping bag) TAPI rasa tertipu ngan Aiman sebab sehari sebelum tu aku PM dia tanya ada tandas ke kat Kem tu then dia jawab ADA! Bila tau macam tertipu, dia punya rasa pengkhianatan tu fuhhhh level Sizuka dah hahaha tapi chill lepastu kena bahan pun kebal dah takda apa.
Gambar di Kem Bear kurang sebab lewat petang dah sampai, takde masa nak pegang fon pun. Sampai, diri khemah then mandi then masak :)
Malam tu is the best, sharing session then kami start kenal background masing2. Menarik dan bermakna (meaningful). Takdelah sekadar hiking je kan? Tanah tak rata pun nak tido selesa jangan mimpilah uols. This is we called survival hehe. Aku bangun pagi menggelungsur teruk kut, tapi lek je #kitaOK.
 |
| Kem Bear |
Good night. Lights out
Pagi Sabtu, 18 Feb 2018
Kami kemas tempat then bersiap untuk ke Puncak Gunung Irau. This is the climax of the trans because aku dengar Irau is so beautiful with mossy jungle. We started the hiking at 8.30 AM then sampai around noon jugak, 2 PM camtu. Then, pi puncak, turun ke checkpoint for solat and makan.
Then, yeayyyy kami takleh lama2 kat puncak Irau sebab ramai lagi hikers lain yang nak nikmati pemandangan indah atas tu. I can see all around terasa ya rabbi kerdil aku ni. Yet, i am standing on a mountain where i can see everything is so small!
Then, kami teruskan perjalanan puncak Yellow tapi belum sampai puncak lagi cuma cari kawasan nak bermalam je. Then, tadaaaa....
Sharing session untuk malam kedua pulak, pemandangan menghadap kebun sayur uols. So sejuk and kalini kawasan rata haha. Cuma dia curam sikit sebab area kaki bukit kan. Tidur kalini bersaksikan bintang. Sangat cantik i tell you. That night, our guides Ucop dan Boboy joined the session dan ada sesi jawab soalan. Soalan berkaitan hiking lah ahhaha then sempat jugak kami interview background guider kami :) Sambil-sambil dinner tu lauk tomyam dan supper pulak kopi, coklat and lupa dah makan apa jeput batu kot? Eh, bukan jeput haha okay jeput batu malam first T___T
to be cont ....