Dua hari sekali update haaaa amik kauu! Bukan apa. Ni rentetan cerita GDO 1 yang lepas tu(klik!). Sebelah pagi tu, kami penuhkan perut di Sushi King, Paya Bunga Square -- bangunan terbaru didirikan di tengah bandaraya Kuala Terengganu. Kawasan hadapan PB Square pun cantik! Maksud aku, parking dia. Gaya garden gittu. Jadi, persoalan yang terbiar di entry lepas ialah --
Berapa budget kami habis di Sushi King?
Disebabkan ada menu yang kami kongsi dan tambah tolak hidangan, purata seorang sekitar RM17. Murah kotttt! Ke sebab tak makan banyak? HAHAHAHA ok hambar.
Lepas melantak, kami amik keputusan nak jalan-jalan sikit. Well, nak puaskan kaki kami yang menggatal. Dengar cerita si Asmaa dan Zahirah ni dah pernah pergi Chinatown Terengganu. Ya! Perkampungan Cina. Kat situ, komuniti cina majoritinya. -.- Nama pun "Chinatown"
| sumber: makantrip.com |
Kalau nak go through ke town ni dengan kereta ke motor ke okay je sebab town dia hanyalah deretan kedai yang mempunyai lorong-lorong indah dan cantik untuk bergambar. Kami berjalan dari PB Square hingga ke Chinatown dalam 0.5 km jugak. Terbakar lemak kitorang.(kami bukan syaitan harap maklum) Sampai kat kaki lima kedai di Chinatown, lega gila kot sebab masa tu tengah hari matahari tegak atas kepala. Berpinar-pinar mata aku nak tengok jalan raya dan kereta lalu lalang.
Mirage.
Tapi korang nampak je deretan kedai macam ni. Di celahan lorong antara deretan kedai tu, mereka ada ini:
![]() |
| Spoil ah muka sorang-sorang |
![]() |
| illusion trick |
Ni booth telephone macam kat UK. Dalam tu memang ada telefon antik tapinya tak boleh kitorang nak masuk dalam! Sebab berkunci -.- lol Acah aci-aci buka pintu dahlah jadinya ...
Ni dua ketul manusia yang tak reti nak malu, buat je apende dia nak buat. Asmaa nilah, duk ajak aku dengan Zahirah naik atas telur ni. Katanya nak buat majestic sikit. Nak buat gaya bertapalah itulah, hmmm kita layankan jeee T__T Zahirah ni pulak, orang ajak buat gila-gila taknak. Aishh rugi betul. Bila lagi nak jumpa sekali dan buat perangai gilaaa
Seronok ah aku dengan korang haritu. Banyak lagi lorong ni. Ada yang payung bergayutan tu tapi tak sempat nak amik sebab damn ramai gila kot manusia haritu. Rombongan mungkin. Dan, dengar kata sebenarnya ada banyak lagi tempat menarik di Terengganu. Cuma. Yelah, kena rajin berjalan dan explore. Ahhh! Tetiba gatal kaki nak jalan-jalan cuti kali ni. Entahlah. Sedar diri kot yang diri tu tak berapa berilmu dan dengan pengalaman sahaja boleh membuka mata bagaimana nak tengok dunia luar dengan mata hati (haaaa ustazah sikit)
Berterima kasih aku kepada Asmaa si Tuah Emerald(nama baru kot ni) dan Zahirah sebab sudi keluar dengan aku walaupun aku agak membosankan, bukan agak, memang membosankan. Walau takde topik nak cakap dengan aku, kau masih jugak pot pet pot pet dengan aku. Dan, maaf jugak kalau aku tak bagi banyak respon kat korang sepanjang kita keluar tu *nangis*
Rasa macam ucapan Salam Perantau jeeee -.-
Dan, Zahirah, aku still tak puas hati ni sebab gambar kau gila sikit dalam simpanan! Sumpah aku kejar kau bukak sem nanti. Dahlah konon macam photographer :( Weh, sumpah tak best sebab kita keluar bertiga tapi dalam gambar berdua je apa ni! Tampaq pungkoq kang! lulzzz
sekian, muahh






No comments:
Post a Comment
komen je nanti saya reply kay!