Thursday, 29 October 2015

Day 2 : Exploring Kota Bharu, Kelantan (Muzium Diraja)

Assalamualaikum and morning! 


Pagi yang cerah lagi sekali dan aku masih terkial-kial tak tahu nak buat apa. Sudahlah tak sedar diri nak exam. Jadi, alang-alang membuka laptop ni aku pun nak update perjalanan kami berempat ke Kota Bharu ni. Lepas makan-makan di Restoran Nasi Ulam Cikgu di perkampungan Kraftangan, kitorang pergi ke muzium diraja. Ingatkan jauh beberapa batu muzium ni, rupanya berhadapan sahaja. Tinggal nak lintas jalan je. lol



berbiadap di rumah mertua
Amboi kau! Masuk-masuk terus duduk di meja makan semata-mata nak bergambar. Ni sesi makan berbiadap di dapur mertua tajuknya. Kalau dapat mertua berprotokol, nak mampus ceq! Maaflah, aku bukan perempuan ayu huhuhuhuhu. Meja makan dalam muzium ni tersangat cantik dan antik sampaikan aku rasa nak angkut bawak balik asrama je pinggan-pinggan ni. Susunan atas meja sangat kemas dan berprotokol sangat!



Like a boss
 Dahlah muziumnya kecik petite sangat, jadi kerusi-kerusi kecil macam ni memang menjadi pujaan. Well, kecil itu comel hiks ;)



Makkkkk! Nak kahwin dengan anak raja!
 Ini bilik tidur Permaisuri sebenarnya. Meja solek dan cermin dia masyaAllah aku tak dapat nak gambarkan! Tersangat cute! Di atas rak dan meja solek dipenuhi dengan gambar-gambar keluarga baginda dari kecil sampai sekarang.


bilik plak dan cenderahati dari pelbagai organisasi



Ececece jadi, begitulah berakhirnya perjalanan kami di muzium-muzium Kota Bharu. Tetapi, aku agak terkilan sebab kami tak sempat ke Bank Kerapu. Masa terlalu suntuk dan kami nak kejar bas / teksi lagi. Malam-malam bas cityliner dah tak beroperasi dan terpaksa amik teksi jelah.

Untuk pelajar-pelajar yang belajar di negeri orang tu, aku amat-amat sarankan kau pergi berjalan-jalan di tempat orang. Selain daripada dapat tahu tempat makan yang menarik, best tau bila dapat berhubung dengan orang tempatan kalau kau sesat buta jalan dan sangat mudah keliru arah macam aku ni haaaa sesuai sangat!

No comments:

Post a Comment

komen je nanti saya reply kay!

Labels

bloggingchallenge (31) travel (23) thought (16) IPG (12) personal (12) random (12) budak_sekolah (10) mylife (10) TESL (9) EnglishTeacher (6) Kota Bharu (6) soal hati (6) Kelantan (5) Miri (5) SBE (5) study (5) tips (4) umum (4) withfamily (4) food (3) friendship (3) hiking (3) marriage (3) outdoor (3) reviewnovel (3) sharing (3) smaasza (3) 2016 (2) foodporn (2) muhasabah (2) peringatan (2) relax (2) suara hati (2) #Pray (1) Bella (1) UPNM (1) aviation (1) buatmu (1) budak_jakun (1) crush (1) kahwin (1) korean (1) kualalumpur (1) layan (1) macam2 (1) motherhood (1) myRun (1) podcast (1) sahabat (1) sekolahku (1) sushiking (1)