wfh wfh wfh.
amende maksudnya tu? wealth for health? silap letak t jadi wth. ok tak kelakar dah.
it's a common term during this covid-19 pandemic. work from home rupanya.
memandangkan memang takde pilihan kan, kerja macam aku ni confirm wfh.
jadi, taaadaaaaaaaaaaaaa😜
lama dah siap sebenarnya stesen kerja ni. malas nak update. busy dengan tugasan online offline
jadi harini rajin ciked. nak story - story lah from zero to hero work station kita ni. Semua barangan aku beli online je. paling mudah, aplikasi Shoppe.
meja ni i got from shoppe. murah gila tak sampai pun rm50. carang pemasangan dia senang je. Tapi, aku tak rekomen untuk letam benda berat. Dia sangat tak kukuh. Macam yang korang tengok, aku letak laptop sahaja ya. Kadang bila duk buat kerja, aku tongkak siku kat meja pun dia dah berbunyi prak... prak... prak... prepak prepak (referen: video slow-mo tiktok). Untuk letak benda ringan bolehlah, selain dari tu aku tak rekomen ya.
Menyala-nyala bak bulan dipagar bintang. light ring ni harga dia dalam belas-belas macam tu. beli tahun lepas dah since habis PKP 3 bulan tu. Dari Shoppe jugak. Sangat kukuh dia punya stand tu. Penyepit dia pun kukuh. Setakat ni, aku dah sepit natang ni kat gril tingkap, meja, katil. Tak berganjak kay! 😜 Kalau malam-malam sebelum tidur tu, datang mood nak habiskan bacaan buku then aku pasang ring light ni je. Terasa romantika gituw.
jeng.... jeng... jeng... kalau anda seorang gamer atau ada minat dalam gaming, mesti tahu apa ni. Dalam banyak-banyak barang, aku rasa barang ni paling berbaloi aku beli. Harga dia macam mintak makan megi hujung bulan tapi selesa gila! yang pasti tak sampai pun rm400. Dari Shoppe jugak.
cuma kalau kau seorang perempuan, aku sarankan kau mintaklah tolong lelaki yang pasang 😭 Dia kukuh, kemas dan yang terrrrrpaling penting haruslah selesa ya. Cushion dia, jahitan dia padat dan kemas.
ni aku tak tahu mana silap sampai dia tak nak masuk langsung weh! tapi akhirnya masuk jugak lepas aku paksa.
terkehel jari urgh 🙄
ada satu lagi barang menarik yang aku nak story mory. mejaaaaa iniiiii. so nice!!
alkisahnya, aku jumpa benda ni kat satu tweet.
lepas sehari dua hari duk ber-dm dengan seller ni, aku yakin yang dia trusted seller. long story short, sampailah barang ni kat rumah.
yang kelakarnya, benda kena pasang from this
to this
the thing is, manual pemasangan dalam mandarin. mana tak mengamuk!
pasang hanya berpandukan naluri dan gambar sahaja. cuma satu la aku puji, manual pemasangan dia sangat jelas. lubang kecik sekecik lubang pun dia tunjuk.
sangat berbaloi. tak menyesal bila dah siap pasang tu rasa satu pelaburan yang tak sia-sia. Kayu dia ringan tapi kukuh. Setakat ni dengan kudrat perempuan aku alih-alih meja ni merata tempat dalam bilik, okay je. Kalau nak senang masa angkat tu ko buang dulu kaki dia tu. Kaki dia tu tak guna skru mati pun, pulas-pulas gitu je.
ok tu je lah. mengantuk. bye! ¿
No comments:
Post a Comment
komen je nanti saya reply kay!