tapi tu tahun lepaslah. aku stay area Puchong Jaya dengan kebanyakan jiran aku Chinese dan masjid pun susah nak nampak. memang struggle tiapkali nak solat sebab tak dengar azan lepastu selalu terlepas pandang waktu solat jadi solat hujung waktu tu hampir jadi kebiasaan. Lepas tu, bila ada aplikasi Muslim Pro ni memang aku lega sebab boleh bunyikan azan tiapkali masuk waktu.
kejadian developer menjual data pengguna aplikasi tu buatkan aku agak trauma. walaupun aku bukannya beli in-app pun, sign in pun tidak. cuma sebagai langkah berjaga-jaga kan?
punya lama aku survey dan install aplikasi yang berbeza-beza, akhir aku jumpa satu aplikasi yang unik dan jauh lebih berguna dari M. P tu. Dengar-dengar aplikasi ni dibangunkan oleh seorang artis idola ramai - Mizz Nina 🤩😍
tadaaaaa! dalam apps ni kan, siap ada jurnal tau. boleh catat apa yang perlu untuk hari tersebut. untuk manusia ingatan emas macam aku ni, sangat sesuai.
lepastu, waktu solat dia unik sangat. diorang guna sistem countdown. contohnya, sekarang lingkungan waktu asar kan? jadi, waktu solat dalam apps tu akan tunjuk countdown ke waktu solat Maghrib. best kan!!!
lepas tuuuuu kan! setiap hari, bayangkan eh setiap hari akan keluar notifikasi kat fon mengenai wisdom words atau hadis. sangat bagus tau! ni contoh wisdon words untuk harini
jadi, memandangkan aku dah deactivate twitter dan instagram aku bercadang untuk go all out update mengenai wisdom words yang akan keluar kat notifikasi fon aku(kaitan?)
maksudnya, aku all out kat blog jelah. memori blogging gitchew
aku tak nak ulas mendalam pun, aku akan ulas mengikut apa yang aku faham dan takde melibatkan dalil ke apa sebab aku bukannya ahli dalam hal tu😅
contoh untuk hari ni,
gratitude = kesyukuran
preservation = berkekalan / kekal / meneruskan
blessings = keberkatan
loss = kehilangan
secara rumusannya, sifat bersyukur akan membawa kepada sikap istiqomah(berkekalan) dan meningkatkan keberkatan. sifat tidak bersyukur pula membawa kepada kehilangan keberkatan.
cara untuk bersyukur banyak. antaranya:
- ucap Alhamdulillah
- perbuatan tidak mensia-siakan
- tidak berkata buruk terhadap sesuatu
- tidak mengeluh terhadap sesuatu
- bersangka baik
setakat ni jelah yang aku tahu. kalau ada lagi korang tambahlah kat bawah sendiri ye😆
okay tu je untuk post harini.
sambung buat bbm murid untuk minggu depan.
annyeong!!! ♥
No comments:
Post a Comment
komen je nanti saya reply kay!