Monday, 17 October 2016

Nekad untuk Move On!

Assalamualaikumn and morning. 

hehehehe dah baru lepas sahur ni malas lah pulak nak tidur balik. Jadi aku rasa nak luah sesuatu kat blog. Yelah, kat sinilah baru boleh 'muntah' banyak - banyak, panjang-panjang. Kalau kat twitter aku cakap banyak2, mahunya kena cop meroyan. Yelah, warga twitter kan warga mudah terhibur dengan lawak-lawak je hahaha.

Aku pernah bagitau kat post ni, yang aku dah jatuh hati kat seseorang kan. Atau aku lebih selesa panggil CRUSH. So, sekarang aku rasa nak bercerita dengan lebih mendalam lagi. 

Aku mula crush kat X sejak semester 1 atau 2 macam tulah. Perkara utama yang buatkan aku jatuh hati? Of course perangai dia yang peramah! Suka tegur orang pastu masuk air la dengan kawan yang lain. Masa aku jatuh hati kat dia tu, Wallahi aku langsung tak tahu yang rupanya dia sudah berpunya. Even kawan-kawan dia pun tak ramai yang tahu dia dah berpunya. AKu pun tak faham kenapa dia perlu rahsiakan. Aku baru tahu perkara ni semester ini, kira-kira setahun jugaklah lepas kenal dia. Kenal tu macam kawan la tak bercinta pun =.= . Aku mula-mula tahu memang terkejut berukkk! Apesal lah aku boleh jatuh hati kat orang punya? Hmmm, lastly aku decide nak sekadar crush je dengan dia. Taknak lebih-lebih sampai confess bagai. Yelah, aku taknakla jadi penghancur dan perampas kan. Lagipun, lelaki tu tak into aku pun. Dia anggap aku kawan biasa aje.

Sampailah satu masa around this August or September, i got the news from my friends yang dia gaduh dengan GF dia. Ingatkan dah putus tapi jodoh dia panjang lagi, the girl still want the relationship. But, around this september i think? Dah macam totally putus. Aku tak tahu sebab apa yang sebenarnya tapi mungkin LDR kot. LDR needs trust a lot. And patience. Kesian tu kesian lah sangat2 tapi tak boleh nak buat apa kan. So, ada lah jugak kadang-kadang aku contact dengan dia tapi tak amik tahu pasal tu pun. Malas nak masuk campur lagipun bukannya kenal rapat pun. Sekelas pun tak. Cuma kami rapat sikit berbanding semester lepas sebab kami attend to kelas mengajar sekali. So, the progress is a lot than before. 



Selalu jugak dia tanya aku nak makan apa kalau duk kat luar.  Kadang tu aku terperasan jap, dia ni kenapa selalu tanya aku nak pesan ke tak hahahah tapi tulaaaa, macam ajaib sangat je kalau tetiba dia jatuh hati kat aku kan. Lagipun, aku anggapla tu sebagai budi baik orang nak buat kat aku kot. Mungkin kesian kat aku. Selalunya nasib aku ni menyedihkan dan sadis haha. Nak perasan lebih-lebih tu taklah sebab orang baru lepas putus cinta kan. Takkanlah sesenang tu je nak move on. Payah wehhh, nak-nak kalau dah bercinta banyak tahun ni. Aku tak tahulah perasaan kena reject tu tapi Alhamdulillah aku takde sebarang niat nak sailang ke hape ke... masih waras :) 


Hmmm, kalau ikutkan perkiraan masa, dah lebih setahun aku crush dia. Apakahhhh hahah

Tapi tula awak, saya masih ada perasaan crush tu kat awak tapi semakin lama kawan-kawan kita semakin bijak menghidu siapa orang yang saya crush tu. Diorang dah main teka-teka pulak yang awak crush saya. Selalu jugak saya tweet perasaan saya kat twitter dan hahhh! Lagilahhh senang diorang nak teka. I tried to approach you through twitter and whatsapp tapi saya rasa tak guna saya approach orang yang tengah berduka. So, i have decided to stop reaching for you HHAHAHAHA 


my crush story stops here. Thankyou 😅


No comments:

Post a Comment

komen je nanti saya reply kay!

Labels

bloggingchallenge (31) travel (23) thought (16) IPG (12) personal (12) random (12) budak_sekolah (10) mylife (10) TESL (9) EnglishTeacher (6) Kota Bharu (6) soal hati (6) Kelantan (5) Miri (5) SBE (5) study (5) tips (4) umum (4) withfamily (4) food (3) friendship (3) hiking (3) marriage (3) outdoor (3) reviewnovel (3) sharing (3) smaasza (3) 2016 (2) foodporn (2) muhasabah (2) peringatan (2) relax (2) suara hati (2) #Pray (1) Bella (1) UPNM (1) aviation (1) buatmu (1) budak_jakun (1) crush (1) kahwin (1) korean (1) kualalumpur (1) layan (1) macam2 (1) motherhood (1) myRun (1) podcast (1) sahabat (1) sekolahku (1) sushiking (1)