Pejam celik pejam celik sudah Jun 2016. Aku pun pejam je mata dari pembaringan menyedari aku sudah memasuki semester 3. Sudah Tahun 2 >.< Rasa macam terlalu cepat masa berlalu (memang cepat pun) Dan aku masih terkapai-kapai di kampus. Aku masih tak menjumpai diri aku yang sebenar. Sedih memang sedih. Azam aku nak lebih aktif tahun ni haha(gelak hambar) tapi aku langsung tak tahu nak bermula dari mana! Aku seolah hilang arah tujuan. Aku rindukan diri aku yang dulu, yang sentiasa menyibukkan diri dengan buku, dengan aktiviti seharian, bukannya menyibukkan diri di tepi kain orang! Rasa tak bergunanya diri ini ya Allah. Aku takut sangat-sangat, kalau Allah mengambil nyawa aku semasa aku tengah membuang masa dengan perkara keduniaan dan kelalaian. Kat kampusni aku pun bukannya orang yang berkepentingan. Kalau ada anak tangga dari Level 0 hingga Level 5, aku mungkin masih merangkak nak naik Level 0.
Aku cemburu dengan kawan-kawan yang bijak men-sosialkan diri diorang dalam urusan persatuan, urusan hal ehwal murid, urusan kemasyarakatan. Like, they are all my friends but they surely have their own stuff(personally). Aku pulak? MasyaAllah aku masih terkapai-kapai! Sungguh aku marah dengan diri aku yang sekarang ni. Tak tahu nak berubah langsung. Setiap malam duk berfikir cara aku nak men-sosialkan diri but i think it is just the way it should be. Nak tegur orang pun tak reti hmphhh! Banyak pergi kem motivasi tapi tak reti nak apply.
Aku cemburu dengan kawan-kawan yang pandai membuat kerja kemasyaakatan, membantu orang luar, bergaul dengan orang asing.
Aku cemburu apabila telefon mereka dipenuhi urusan duniawi yang diberkati Allah insyaAllah.
Aku cemburu apabila mereka masih mendapat 3.5 ke atas walaupun sibuk dengan urusan lain yang jelas-jelas sekali menampakkan mereka tu langsung takde masa nak study overtime!
Aku cemburu tatkala aku sibuk scroll timeline, diorang sibuk scroll whatsapp dan urusan serta meeting yang bakal dijalankan.
Sumpah aku memang terlibat dalam semua tu tapi hanya pasif yang menjadi pilihan. AKu tak tahu macam mana nak bermula semula dari bawah. Tidaklah sibuk sepanjang masa menjadi pilihan tetapi biarlah aku ada fungsi ketika berada di keramaian.
Semoga Allah permudahkan azam aku yang satu ini. Aku tidak ingin bangkit di SANA nanti dalam keadaan 'kosong'. Setidaknya, izinkan kantung pahala aku terisi.
Assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment
komen je nanti saya reply kay!