Fuh, lama gila tak menulis dalam ni. Kadang-kadang ayat tweet pun dah berbau ayat blog. Sungguh nilah baruku ada masa nak menulis pun. Minggu ni pun tak habis-habis lagi dengan pembentangan dan tutorial dari pensyarah. Lagi nak guna masa nak baca buku yang dibeli guna Baucer lagi. hahaha typical student sangat gaya ngeeeeeeeee
So far so good kehidupan semester ni. Walaupun ranjau duri onak ombak merindu tu tetap ada tapi yelah, sapelah kita sebagai student ni nak halang. Program semakin menimbun, katanya nak tingkatkan daya pelajar tapi kalau dengan tugasan personal pun tak mampu nak hadap, bukan nak tajamkan skil namanya tu. Tu namanya membunuh.
Benda-benda macam nilah yang buatkan kita mudah lupa dan leka dengan mudah. Semakin berlalu masa, semakin berlalu kesusahan sehari demi sehari. Tengoklah buktinya, tup tup dah bulan April. Alhamdulillah aku masih lagi boleh catch up dengan segalanya termasuk berita crush HAHAHAHA. Okey, baiklah baru terima berita pagi tadi yang crush iolls sejak PPISMP semester 2 dah nak kahwin. OMOOOOOO!!!! AKu memang terkejut beruk sebab takde angin takde ribut tetiba nak kahwin. Dahlah takde sesiapapun yang tahu benda ni dan siapa wanita bertuah tu cewahahhh gittewww! Bukan apa, yang si laki tu personaliti fuh macam hebatlah kalau tengok. Boleh memimpin, ada gaya seorang ketua dan selalu join program komuniti ni. Apa orang cakap, perfect to be seen as a dream man haaaaaa! Aku akui aku jatuh hati kat dia sebab benda-benda macam tulah, nak kata dia hensem? takdelah sangat, nak kata tinggi macam Kwang Soo? takdelah malah dia antara orang terendah yang selalu kena kutuk dengan member-member hahaha! Tapi tulah, i am being me myself. Sebab tu taste aku selalu kena kutuk. Taste tak seiring dengan orang lain. Orang tak berapa nak hensem aku pulak nampak hensem lebih-lebih. Mungkin definisi hensem bagi aku bukan pada muka tapi pada interpersonal dia.
Ahhh tanaklah cakap pasal dia lagi.
Enough is enough, past is past.
Aku dah tak ambil tahu dah pasal dia lagipun. Dia pun bukannya kenal aku. Nama pun CRUSH kan. Maksudnya suka dalam diam. Jadi, kisah crush yang ke 123 juta ini kita tanam ya. Semoga berjumpa crush baru hahahaha!
Tapi setakat ni takleh lawan crush korea iolls la. Well, okay apa crush dengan oppa korea ni, at least aku sedar yang dia memang takkan sedar kewujudan aku, daripada berharap pada manusia sebangsa yang mungkin ada peluang untuk kenal aku tapi akhirnya akan menolak aku. Mungkin ditolak sebab keturunan, rupa, agama atau perangai. Mostly mungkin rupa haaha. Okay cut the CRAP ----
Sekarang aku tengah sibuk menghasilkan sebuah blog untuk kelas aku, dimana blog itu akan menjadi rujukan kepada mana-mana pelajar untuk mengetahui pasal batch kami dengan lebih lanjut. Batch TESL Ambilan Jun 2015 la. Mungkin mengambil masa yang lama sebab iolls bukannya handal bab-bab ict ni. Cumanya, berharap perit semester ini akan berlalu dengan lancar dan pantas shiuuuuu~
Segala perasaan lovey dovey aku sepanjang semester ini untuk dua manusia yang tak pernah sedar siapa aku, mungkin patut dibuang dan dilupakan.
Aku rasa ada hikmahnya aku berperasaan begitu pada 2 manusia tu. Tuhan nak uji hati aku. Tuhan nak jadikan aku kuat dengan mengirimkan rasa sakitnya hati. Wooo, bukan mudah nak hadirkan rasa cinta dan sayang pada seseorang kau tauuuu!
Eh, tapi aku dah jatuh hati kat ramai ni sejak sekolah macam mana? hahahah cuma berani meluah atau tak je. Dan jangka masa yang berlalu. Tuhan nak jadikan aku kuat. Aku cuba berfikiran macam tu. Sekurangnya aku takde lah meroyan tak cukup tanah. Alah, tweet sedih tu biasalah. Takkan aku nak buat muka sememeh tak malu kat kawan-kawan mengadu bagai nak rak padahal perasaan tu hanya bertepuk sebelah tangan? Pedehallll~
Mungkin aku akan menjadikan memori putus cinta sebelah tangan ni sebagai memori yang paling diingati semester ini. Well, sabar mijah kita ada 7 semester lagi muahahahaha *gelak jahat*
No comments:
Post a Comment
komen je nanti saya reply kay!