Friday, 22 April 2016

Gurauan kasar gurauan lembut

Assalamualaikum and hi.

I once received a message from an acquaintance who said,

" I am sorry to say this but I don't really like the way you joke. It hurts me and I was feeling so uneasy with the jokes. Hoping you would not do the same anymore. Your joke is way too harsh"

Honestly, tu kali pertama aku terima private message yang menegur cara aku bergurau. Sungguh, jujur tak pernah lagi setakat ni orang berani menegur aku cara aku bergurau ke apa. Mungkin sebab tu jugak, aku bertambah leka dan terus melakukan kesilapan yang sama. Betul. 

Mungkin korang pun menerima pengalaman yang sama. Korang asyik bergurau seperti biasa tetapi di sebalik gurauan itu, ternyata ada seseorang yang sangat terluka dengan gurauan korang. Mungkin kita tak sedar dia terasa kerana dia tak jujur dengan kita, mungkin untuk menjaga hati kita dan mungkin juga taknak rosakkan mood kita yang tengah happy-happy. Well, we never know. Kadang-kadang, masa kita nak tidur baru kita teringat tiba-tiba akan gurauan yang dibuat di siang hari tadi. Lepastu, terdetiklah di hati kecil yang mungkin dia terasa. Alhamdulillah Allah masih nak tunjukkan pada kita mengenai isi hati orang lain. Tapi kalau Tuhan tak tunjukkan? Sampai bila-bila kita dalam kesesatan. Nauzubillah.

Susah kan nak tanam sifat sabar bila kita marah kat seseorang? Tapi itulah. Allah suka. Allah cuma kata yang dia akan bagi syurga kat orang yang sabar. Dia tak cakap yang siapa gerangannya yang bersabar. Ada keee???? Aku akui aku seorang yang agak rapuh bila tengah marah, tengah merajuk, tengah terasa hati, tengah lemah. Memang aku sangat-sangat rapuh. Tapi, tuhan tak cakap orang rapuh tak boleh sabar kan? Cuma, dia datangnya malaun tertentu yang akan menurunkan kesabaran kita, yang akan leka dan hanyut dengan emosi kita. Sebab dia nak tengok sape yang betul-betul beriman. Aku memang tak reti nak bagi ceramah kat orang. Satu-satunya yang aku reti, nilah --- reti pujuk diri sendiri je. Ni pun melalui penulisan je. Tak mampu nak pujuk dengan mulut nanti bertambah sendu. 

Begitu juga bergurau. Bergurau ada batasnya. Sementelah lengit era terbuka di mana alam maya didahului alam realiti, semakin banyaklah pos dengki, pos bahagia, pos bisnes malah pos menganjing orang-orang tertentu tersebar. Tinggal nak kena viral je, mudah je nak tersebar. Kadang tu, gurauan dalam alam maya pun jadi satu pergaduhan. Aku tak faham tapi tulah hakikatnya. Sebagai contoh, setiap post aku di blog ni mungkin terselit gurauan tetapi bergantung kepada pembaca yang menterjemahkan gurauan tersebut. Bagi yang sudah terbiasa dengan ayat dan gurauan bloggers, mungkin menerima gurauan tersebut dengan hati yang terbuka. Tetapi, bayangkan jika pembaca tersebut seorang yang mudah emosi dan selalu banyak bersangka buruk? Pasti akan menganggap post tersebut mungkin ditujukan kepadanya atau menerima gurauan tersebut sebagai sindiran. Ini aku tak nafikan banyak terjadi. Even dalam group Whatsapp pun sama. Gurauan di alam maya memerlukan kekentalan mental untuk individu tersebut menerimanya denganhati yang terbuka. 

Aku tak nafikan, aku banyak kali je terasa hati dan emosi dengan gurauan atau kata-kata kawan-kawan di laman sosial ni. Cuma mungkin kaedah aku memujuk diri aku tu lain dari orang lain. Aku selalu left group untuk mengelakkan aku bertambah emosi dan masuk balik group bila emosi aku dah reda, Aku jugak akan unfollow seseorang bila aku rasa sangat-sangat marah dengannya tapi bila marah aku dah reda, aku follow balik dia. Kalau kat instagram pun sama. Aku rasa i am okay with that way. Tu cara aku pujuk diri aku. Tapi, satu yang aku tak boleh nak terima, bila ada orang yang dah rapat dengan aku tweet/post mengenai aku ( atau kata lain : mengumpat). Aku pantang jugak ah yang ni sebab bagi aku, kalau kau tak suka aku sekalipun, cakap depan aku. Tu lebih baik sebab aku mudah menerima dengan cara itu. Kalau kau main kasar dan kotor macam tu, bukan setakat jijik, aku rasa kaulah manusia yang paling pengecut. Tak kisahlah kau lelaki ke perempuan. Sama je. Cara aku tu .... aku tak rasa ianya childish ke apa. At least aku tahu cara nak urus emosi aku. Bukannya aku childish nak main left group ke apa. Entahlah, manusia berfikiran sempit je kut yang suka hati je judge orang ni aku pun tak faham. 

Tapi main point nya itulah. Aku tak kisah cara bergurau tu lembut ke kasar tapi alangkah baiknya jika segalanya diluahkan berhadapan. Muka ke muka. Jujur. Tak hipokrit. Tak kisahlah tu cara kau bergurau ke apa tapi apa guna understanding kan? Bagi aku lah aku tak tahu lah korang. Aku jugak sedih lah dengan manusia yang sikit2 nak emosi ni. Haaa yang ni termasuk diri aku. Ya Akulah yang emosi tu tapi tak salahkan kalau terus mencuba perbaiki diri aku? Ni juga dikira sebagai silent battle aku. Silent battle dengan dalaman. Tuhan je mampu balas.

No comments:

Post a Comment

komen je nanti saya reply kay!

Labels

bloggingchallenge (31) travel (23) thought (16) IPG (12) personal (12) random (12) budak_sekolah (10) mylife (10) TESL (9) EnglishTeacher (6) Kota Bharu (6) soal hati (6) Kelantan (5) Miri (5) SBE (5) study (5) tips (4) umum (4) withfamily (4) food (3) friendship (3) hiking (3) marriage (3) outdoor (3) reviewnovel (3) sharing (3) smaasza (3) 2016 (2) foodporn (2) muhasabah (2) peringatan (2) relax (2) suara hati (2) #Pray (1) Bella (1) UPNM (1) aviation (1) buatmu (1) budak_jakun (1) crush (1) kahwin (1) korean (1) kualalumpur (1) layan (1) macam2 (1) motherhood (1) myRun (1) podcast (1) sahabat (1) sekolahku (1) sushiking (1)