Monday, 11 January 2016

Bukit Keluang,Besut,Terengganu

Assalamualaikum.


Hi to my 11th page of 365 of 2016 :) 


Okay let me make this short and sweet awhh. Last Friday, 8th January, my friends and I were supposed to be at Bukit Keluang. Well, there was no real and exact reason to be there but just a little of getaway before we get our assignments and courseworks and piles of homework. So, decided to go with the six of us but takde rezeki kan. Kau rasa sem 8 boleh mimpi macam ni lagi tak? Harapnya bolehlah. *huhuhuhu*

Bagi kami yang masih di alam belajar dan jauh di negeri Kelantan, memang tidak mungkin untuk mempunyai kereta sendiri. Elaun pun tak reti nak urus nak pakai kereta cemanooo tu? Jadi, kami sebulat suara seikhlas hati menyewa kereta VIVA separuh hari. Kami mengambil kereta sewa di klezcar.com . Harga yang kami dapat ialah RM70/separuh hari. Gembira tak terkata. Aku lagilah teruja sebab ini kali pertama aku akan memandu tanpa ibu bapa di negeri orang untuk ke tempat yang boleh tahan jauh. Besut hoi! Walaupun tak sampai satu jam tapi bayangkan jalan dia, dugaan nak bersaing dengan kereta-kereta atas jalan. Uish memang penat. Eleh, mesti korang macam, 

" Apa penatnya memandu? Kereta dah auto kan? "

Haaaaaaaaaa nanti aku cerita okey?

source : google

Kami terpaksa self pick up kereta VIVA tu. Tergedek-gedek melintas jalan untuk ke bangunan ini. Ramai jugak penyewa kereta kat Pengkalan Chepa  ni. Almaklumlah, sini ramai students. Perlukan kenderaan untuk bergerak ke sana ke mari. Jangan jadi menteri suruh pelajar jalan kaki aku cili mulut kau!

Hehe kekjah gurau jeppppp. Sentap ya?

Korang ingat boleh naik cemtu je kereta? Aku kena serahkan IC, kad pelajar, lesen memandu dan IC penjaga. Dan, deposit RM100. Deposit ini akan dikembalikan sekiranya kami tak melanggar syarat yang ditetapkan. Lepas tu, bermulalah perjalanan kami ke Besut yuhuuuu! Malangnya, tiada gambar yang diambil semasa dalam kereta. hahaha aku tak tahulah samada budak-budak ni cuak dengan pemanduan aku ke cemana, excited terlebih ke hape. Tapi, kitorang memang lupa. Nak-nak ada abang hensem Saga Merah pulak usha kami semasa potong kereta kami ni haaaa. Lagilah lupa. (eleh padahal menyampah sebab kau pandu perlahan sangat)

Sepanjang perjalanan memang ikut signboard sahaja. Tapi, aku agak mahir dengan jalan pantai ni sebab abah selalu hantar ambik aku ke/dari kampus lalu ikut sini. Jadi, boleh hafal dah nama-nama kedai tepi jalan tu haaaa. Maah ko abah ambo lah, dio tok suko lalu alik bandar, serabuk bulih dio! Satu lagi, roommate aku orang Besut, jadi dia ada lah bagi petunjuk dan tips ke sana. Orang dah biasa pergi Bukit Keluang huhu


Here we areeeeeeeeeeeee!

Ni tempat yang kami pernah sampai semasa pergi dengan Batch Jun 2014 Intake tu. Alahhh, aku ada cerita kat sini --> Trip To Bukit Keluang . 

Exactly this place! No change at all. 



Dengar cerita tiang ni baru diletakkan. Wallahua'lam tapi memang orang akan bergambar dengan tiang ni kalau naik ke Bukit Keluang. Nasib kaulah tiang. Berkuman dengan peluh manusia. Nak tengah pujuk diri sebab tak mampu pergi Seoul. sob sob T___T


My most favourite pictures of all! Tengok awan tu!!!! Cantik sangat. Ni baru kamera SAMSUNG, kalau camera DSLR uols, i tak tahulah gambar tu sehipster mana. Kredit to akak/sister yang tolong amikkan gambar kami. 

Time for selfie lah puleeee
And the rest of the journey is all... selfies! hahaha perempuan dan selfie tak dapat dipisahkan. So, after the hiking and some refreshments, we decided to go to Tok Aman Bali Beach Resort di Kampung Air Tawar.  Dengarnya resort ni cantik dan banyak aktiviti menarik apa lagi? Kita serangggggg! Sebenarnya, kami berhenti di sini sebab nak cari surau sekaligus tukar seluar dan bersihkan diri. Malangnya ini yang berlaku bila terjumpa ....


Haaa, basikal tu kami sewa tau! RM10 sejam bagi basikal biasa. Basikal yang double seated lain pulak harganya. Ada banyak aktiviti; kayak, basikal yang style berbaring tu, bot pedal dan banyak lagi. Wahhh serupa promoter kurasa. 


Kami berbual lah sikit dengan pakcik penyewa basikal tu semasa dia tengah bukakan kunci basikal untuk kami,

Kami : Pakcik, emm basikal ni boleh bawak sampai ke mana ya?

pakcik : Awak nok bowok pah ko Kolumpur bulih, gi sapa Kole Besut pun bulih. *ketawa*

Kami : *huhuhuhuhu, pakcik ni wak kelakor pulok dohhh* 

Agaklah pakcik kan, sempat ke sejam nak sampai ke Kuala Lumpur? Ya, tahu pakcik bergurau jepppp! Sep ciked kehkeh

Ni pantai di sepanjang TAB Beach Resort. Pantai kat sini the best i told you! Cuma tak berapa digalakkan mandi je sebab sekarang musim monsun kan? 


Aku boleh cakaplah resort ni 5 bintang uols! 


Spa ada, gym ada, ko nak apa? Semua hadooooo. Takde kau je. *OMG, TAB should give me money for reviewing their resort hahahaha*

Lepas sejam, beransurlah kami ke Kota Bharu pulak. Mencari kasut sukan yang diminta pensyarah sukan masing-masing. Penat lelah tak hilang lagi terpaksa berpusing dalam bandar KB. Sampaikan dua tiga kali sesat sebab asyik berpusing di tempat yang sama. Katanya Naim, aku dah penat sangat ni. Lepastu, Naim amik tugas memandu dalam KB. Fuhhhh sekejap aje sampai ke parking lot di Parkson. 

Memang aku betul-betul penat! I don't know driving could be damn tired! Hats off and 90 degree bow to my father; a passionate driver since he was 19! And now he is 45! 26 years as a driver and being all around Malaysia. Thanks Abah for still alive. I love You. (i hope someone would read this to my abah if i passed away, he can't really read English :'( )


Okay, last pictures before a farewell! 


Okay bye! 

No comments:

Post a Comment

komen je nanti saya reply kay!

Labels

bloggingchallenge (31) travel (23) thought (16) IPG (12) personal (12) random (12) budak_sekolah (10) mylife (10) TESL (9) EnglishTeacher (6) Kota Bharu (6) soal hati (6) Kelantan (5) Miri (5) SBE (5) study (5) tips (4) umum (4) withfamily (4) food (3) friendship (3) hiking (3) marriage (3) outdoor (3) reviewnovel (3) sharing (3) smaasza (3) 2016 (2) foodporn (2) muhasabah (2) peringatan (2) relax (2) suara hati (2) #Pray (1) Bella (1) UPNM (1) aviation (1) buatmu (1) budak_jakun (1) crush (1) kahwin (1) korean (1) kualalumpur (1) layan (1) macam2 (1) motherhood (1) myRun (1) podcast (1) sahabat (1) sekolahku (1) sushiking (1)