Monday, 19 October 2015

Abduction

You do have that kind of feeling? what feeling? 😏😏😏😏 if you have one kind of friends who used to hang around with you all the time then suddenly when she has someone else she is no longer with you?

like a daughter who is already married and she goes away from the parents.

Yes,

dulu kita selalu tau lepak sesama. makan sesama. keluar sesama. gelak ketawa sesama.

sekarang. kita macam tak kenal satu sama lain. kita macam asing sangat-sangat. kau dan dia berahsia bersama. rahsia yang sepatutnya kita berenam kongsi bersama tapi sekarang hanya terbahagi dua. kenapa macam ni? aku takut. Kita makan satu meja tapi kita tak bercakap. Kita bercakap tapi tiada kontak mata.Seolah-olah ada sesuatu yang menghalang kita untuk berterus-terang.

sememangnya ini dugaan Tuhan. Aku sedar. Tuhan sedang menguji hubungan kita. Andainya ukhuwah kita kuat, mungkin kita mampu hadapi ini sama-sama. Tapi, seolah kau langsung tak kisah. Aku tahu engkau sedang hanyut dalam dunia cinta. Dalam dunia romantis bersama si dia. Malah aku sedar aku bukan sesiapa untuk menghalang 'kisah cinta' engkau. Tapi yang aku sedar, hubungan kita sedang retak.

Aku menyangkakan untuk mempunyai bitches yang tanpa segan silu berkongsi segalanya bersama. Bukannya antara dua/tiga orang antara kau. Aku sakit hati. Hati aku sakit sangat bila tengok benda-benda macam ni. Aku mula berperasaan yang lelaki-lelaki yang dekati kau tu hanya bertujuan memecah belahkan persahabatan kita. Sebab lelaki tu kau tak lagi berkongsi bersama. Malah kau rela membiarkan ada rasa sangsi antara kita.

Aku tahu kau bukannya baca pun apa yang aku tulis ni tapi sekurangnya aku menyalurkan rasa hati aku. Aku tak nak perasaan ni terpendam sebab satu hari nanti aku akan meletup. Aku akan menangis tanpa sebab dan aku tak nak orang yang tak bersalah terkena tempiasnya. Aku tak marahkan kau untuk bercinta. Aku tak marah langsung. Cuma kerana hubungan kau dan lelaki tu, kau mencipta jarak antara kita. Itulah yang bodoh.

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment

komen je nanti saya reply kay!

Labels

bloggingchallenge (31) travel (23) thought (16) IPG (12) personal (12) random (12) budak_sekolah (10) mylife (10) TESL (9) EnglishTeacher (6) Kota Bharu (6) soal hati (6) Kelantan (5) Miri (5) SBE (5) study (5) tips (4) umum (4) withfamily (4) food (3) friendship (3) hiking (3) marriage (3) outdoor (3) reviewnovel (3) sharing (3) smaasza (3) 2016 (2) foodporn (2) muhasabah (2) peringatan (2) relax (2) suara hati (2) #Pray (1) Bella (1) UPNM (1) aviation (1) buatmu (1) budak_jakun (1) crush (1) kahwin (1) korean (1) kualalumpur (1) layan (1) macam2 (1) motherhood (1) myRun (1) podcast (1) sahabat (1) sekolahku (1) sushiking (1)