Saturday, 22 August 2015

Kursus Pra Perkahwinan IPGKKB 2015

Assalamualaikum and hai...

hehe lama gila wooo sejak tak update blog ni. Aku rindu kat penulisan aku, walaupun sepatutnya memang aku tengah menulis, (maksud aku, tengah sibuk dengan assignment kan)..

Hujung minggu ni, aku sertai kursus pra perkahwinan yang dianjurkan oleh unit Perkembangan Kendiri, Kelab Sahabat Siswa Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu 2015. Sebenarnya selalu je ada kursus pra perkahwinan ni tapi kali ni aku teruja lebih sebab first time kot, lagipun maklumlah sekarang hati tengah admire someone, jadinya ... hahahah kau faham-faham sendirilah. Kang dicop gatal pulak. Pergi kursus kahwin tapi calon takde haaaa gittu.

Aku jadi AJK sebenarnya tapi kerja aku tu selepas kursus jadi sekarang tak sibuk mana lagi, lepas ni mesti kecoh kena siapkan fail semua tu. Kawan aku ni haaaa, memang ah seronok je memanjang sebab datang berteman. Datang dengan ehem2 dia tapi aku krik-krik sebab datang semata-mata sebab kerja. Tapi fokus jugak woooo bab kahwin kot. Sape je yang takde impian nak kahwin. Sunnah Rasulullah :)

Tapi, aku rasa secure lah jugak sebab 'dia' ada sekali. Walaupun dia bukan peserta dan sekarang datang nak mengiringi penceramah, orang kata backstage jeee, tapi aku rasa selamat bila dia ada sekali dalam dewan. Hahahah entah kenapa entah. 

Orang duk cakap " dah ready nak kahwin lah tu, dah pergi kursus kahwin". Hahaha aku takleh nak cakap apa-apa sebab weyh, come on lah, kalau esok lusa aku dah meninggal ke, takdelah menyesal sangat tak pergi kursus ni. hahaha at least sijil tu terkumpul lah, termasuk sijil mati hehehe

Dahlah, aku rasa tak patut kot fikir pasal dia. Lagipun, dia dah nak habis , dah nak graduate dah pun. Minggu depan viva ye awak? Good luck. Selalu dalam doa saya :) Oh ya, kawan aku cakap dia nak kenal dengan orang yang minat dia tu(aku).... so sebab aku tak biasa dengan benda-benda macam ni aku tolak. Aku cerita je kat umi. Umi siap tanya lagi sape,umur berapa, gambar dia pun aku tunjuk kat umi. Tapi gambar profile whatsapp jelaaaa.... hahaha umi pun okay je, selalu gak umi tanya, macam mana progres perkenalan? Aku nak gelak jeee, tak kenal punlah umi oi, anakmu ni pemalu dan tak biasa dengan benda macam ni. (walaupun tak malu duk usha dalam diam, keji sangat). Aku hanya diam je, sebab tak tahu nak bagitau apa kat umi. kahkahkah

2 comments:

  1. weiii confess laa. aku nyesal sebab lambat confess mamat tu. end up dia ngan orang lain. maka aku berhuhuhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmmmm senior lah asma. aku pun segan bila orang taknak tapi aku je sibuk nak kat orang kehkeh

      Delete

komen je nanti saya reply kay!

Labels

bloggingchallenge (31) travel (23) thought (16) IPG (12) personal (12) random (12) budak_sekolah (10) mylife (10) TESL (9) EnglishTeacher (6) Kota Bharu (6) soal hati (6) Kelantan (5) Miri (5) SBE (5) study (5) tips (4) umum (4) withfamily (4) food (3) friendship (3) hiking (3) marriage (3) outdoor (3) reviewnovel (3) sharing (3) smaasza (3) 2016 (2) foodporn (2) muhasabah (2) peringatan (2) relax (2) suara hati (2) #Pray (1) Bella (1) UPNM (1) aviation (1) buatmu (1) budak_jakun (1) crush (1) kahwin (1) korean (1) kualalumpur (1) layan (1) macam2 (1) motherhood (1) myRun (1) podcast (1) sahabat (1) sekolahku (1) sushiking (1)