Assalamualaikum and hai!
Cuti-cuti ni korang buat apa? (typical question,boleh bagi
pelempang ni)
Kalau biasa junior-senior kolej atau ipt ni, bila cuti
paling tidak ada la jugak hasrat dalam hati nak belajar memasak. Tak banyak pun
sikit jadi ler. Oh ya,kawan aku dah pandai buat kek lagi. Aku? Haram jadah.
Eleh.
Balik-balik siapa yang duk dapur?
Mak.
Jangan cakap kat orang, aku pun macam tu. Sebab utama, tak
ada bahan nak masak kita punya masakan. Hahahah poyo je. Macamlah dah expert
nak masak grand-grand siap kena ada bahan spesifik bagai. Heiii tak faham.
Bukanlah, sebenarnya mak aku memang kurang sikit nak bagi aku sentuh anak
bongsu dia tu(baca:dapur) tambah lagi bila taka da kat rumah. Memang tak ler.
Hahahah
Kang terbakar dia punya dapur kau nak jawab apa?
“Pengalaman mak, mahal tak boleh dibeli”
“Kepala otak kau pengalaman. Tak reti janganlah buat-buat
reti”
Haha. Okay ini tipu. Dia tak ada nak jawab macam ni. Paling
tidak membebel mengumam antara dengar atau tidak je.
Hari ini mak puasa. Jadi, dia memang taklah nak masakkan
sarapan untuk orang tak puasa(aku). Solusinya, dia pergi book ayam mentah
dengan pakcik ayam yang selalu lalu kawasan kampong kami pagi-pagi ini. Dia
suruh aku masak!
HAHAHAHAHAHAHAHHA
Okay mak ini lawak. Tiba-tiba aku kena masak. Gigih jugak
aku mencari resipi ayam masak merah di www.tiffinbiru.com
. Sebab tu je resipi yang aku rasa senang dan cepat. Wuhuuuu! Jumpa!
Lepastu,
bila nak start masak, eh jap ni sebelum masak, tengah-tengah sediakan bahan dan
ayam, aku emosi sikit. Sebab barang(kuali,periuk dsb) yang sepatutnya aku kemas
kat satu tempat tak berada di situ. Jenuh nak kena cari lagi, nak libas lalat
yang bapak laju nak urung(aku tak tahu korang panggil apa sila faham: kelilingi)
ayam yang siap dibasuh. Pastu mana nak tengok resipi lagi kat laptop ni, nak
basuh beras lagi. Jadi, mak jugak mai tolong sekejap. Tolong settlekan beras
dan air untuk nasi tomato.
Tu okay lagi, pastu ada jugak tak puas hati atas masalah
yang sama. Heyyyy! Ahmad Maslan betul! Lalu, mak membebel sebab lembab dan satu
faktornya aku kena terhegeh-hegeh tengok resipi. lulz mak, nama pun baru nak belajar memasak? T__T
Maka, tidaklah aku berada di
dapur mengkononkan diri nak memasak. Hanya tinggal tebu di tepian bibir.
MAK jugak yang masak.
Aku?
Tukang makan HAAHAHAH
Tak ah. Tolong apa. Tolong gelak kat diri sendiri.
No comments:
Post a Comment
komen je nanti saya reply kay!