Tuesday, 16 June 2015

(Day 9) Single Woman 30-days Blogging Challenge

Assalamualaikum and hi!


9)      Your favorite “weird/funny single behavior” – Anything you do that is uniquely YOU and that living alone allows you to do (For example, I sometimes dance around the house with my cat to Frank Sinatra)



Kalau dekat kampus, kalau cukup 5 tahun mungkin aku digelar pelik kut. Tapi, adalah sometimes they thought me as weirdo, sebab sikap aku kadang-kadang memang pelik! Benda orang tak buat aku buat dan begitulah sebaliknya. Sampaikan aku sendiri tak faham perangai aku. Kenapa jadi macam ni ye? Mungkin bila rasa “I don’t give a fuck datang, aku dah tak peduli. Buat apa kau suka dan hiraukan segalanya”

PENDAM

Ni pengakuan dari Malya sendiri. Aku seorang yang suka pendam je kalau ada apa-apa yang tak puas hati atau suka atau kecewa atau apa-apa perasaan lah. Lepas tu, aku akan perlukan masa untuk diri sendiri sampailah aku okay dan mampu senyum balik, mampu bergaul dengan semua orang tanpa ada perasaan negatif. Bukan taknak berkongsi rasa dengan semua orang, tapi ada sesuatu yang kita fahami dan rasai yang orang lain tak mungkin dapat duduk sama merasai. Macam orang putih kata, in the same shoes. Haaaaa

lada benggala! muchos                          source: google

MAKAN SAYUR MENTAH

Benda ni tak tipu tahu. Makan sayur mesti tak hairan sangat. Aku pemakan sayur tegar. Tapi, aku juga pemakan sayur di kala sayur tu mentah. Takdelah mentah sampai tak basuh apa semua tu, lepas dicuci lah. Kalau duduk dapur tengok mak memasak kan, tangan aku selalu gatal curi-curi sayur yang nak dimasukkan dalam kuali. Kalau bendi/bawang/daun sup/tomato perghhh! Sedap kot. Korang patut cuba.


BUAH YA,PERISA TIDAK

Bagi buah strawberi, aku suka sangat-sangat kalau makan buah dia. Tapi segala mak nenek jenis makanan/minuman yang berperisa strawberry ni ya ampun maaflah tak boleh nak menelan. Laju je tekak menolak kalau nak masukkan. Memang tak boleh. Ada jugak paksa diri makan roti berjem strawberry tapi memang tak habis lah roti tu.


COMPLICATED YET SIMPLE

Tak tahulah kalau semua orang ada perangai macam ni, tapi aku ni tak tetap orangnya.Sekejap buat kerja nak simple je, sekejap yang komplikated. Sekejap berfikir santai je, sekejap suka berfikir jalan penyelesaian yang rumit. Tak boleh dijangka. One time i can eat alot, to the extent where you can not imagine if i am a monster or what and one time i just not into eating mood. 


MUDAH BOSAN

Setakat ni, aku masih takde klu apa benda yang boleh buat aku stick to one thing lama-lama. Aku mudah bosan. Kalau tengah membaca, tak habis satu bab pun boleh pulak pergi cari hobi lain nak dibuat. Tengah main keyboard, boleh pulak pergi capai baca buku motivasi. Tak faham lah aku dengan diri sendiri. 


Dengan semua perangai pelik ni(bagi aku lah), aku rasa okay je kut sebab takde melibatkan orang lain melainkan diorang meluat dan rasa menyusahkan tengok perangai aku macam ni. Hahaha takde kut. So, I do these things alone. hahaha

No comments:

Post a Comment

komen je nanti saya reply kay!

Labels

bloggingchallenge (31) travel (23) thought (16) IPG (12) personal (12) random (12) budak_sekolah (10) mylife (10) TESL (9) EnglishTeacher (6) Kota Bharu (6) soal hati (6) Kelantan (5) Miri (5) SBE (5) study (5) tips (4) umum (4) withfamily (4) food (3) friendship (3) hiking (3) marriage (3) outdoor (3) reviewnovel (3) sharing (3) smaasza (3) 2016 (2) foodporn (2) muhasabah (2) peringatan (2) relax (2) suara hati (2) #Pray (1) Bella (1) UPNM (1) aviation (1) buatmu (1) budak_jakun (1) crush (1) kahwin (1) korean (1) kualalumpur (1) layan (1) macam2 (1) motherhood (1) myRun (1) podcast (1) sahabat (1) sekolahku (1) sushiking (1)