Thursday, 14 May 2015

EP 2 : 2 Semesters finished

Assalamualaikum. and morning folks.

Membuka mata di pagi hari dengan penyesalan beribu ganda. Sebab i have read something i should not. Terus rawat hati dengan istighfar dan berharap tiada dendam di hati. Moga Allah ampunkan kamu.

Semalam post mengenai budak kelas aku, my girls. Too cute to describe all of their habits here but heck, let it be just us to know about it. hahaha 

So, i am moving on to the boys, yang selalu bikin aku pening sakit kepala nak muntah. Like, hey kau tahulah lelaki kalau dah menyampah macam mana tapi kau kena hadap jugak muka dia. hahahha 

AMIR 
Ni budak phytoscience kelas aku. The only one yang amik kos TESL tapi tersesat jiwa raga masuk bisnes jugak. Mula-mula kau masuk phyto tu kan amir, aku dan girls lain menyampah gila sebab setiap detik kau upload gambar duit kau tu. Pastu, kau tulis caption "budak miskin budak kaya" apa entah. Kau asyik upload gambar team kau tu, ( yes, memang syaitonirajim betul perangai masa tu) tapi lama-lama dah kebal dan lali dengan bisnes kau ni. Betul apa orang cakap. Kalau rasa menyampah pun, memang tak lama sebab kau tahu kau akan habiskan bertahun hidup tengok muka dia. Dan last sekali apa kau buat? S-A-B-A-R :) 
Amir ni selalu gak kena buli sebab dia sorang je yang pakai Iphone dan kau faham-faham lah resolusi kamera Iphone ni gila nak mampus. Parut jerawat aku semua hilang dengan kamera dia. Nak selfie pun tiada ragu-ragu lagi. wakakakak 
Dahlah Iphone digunakan untuk selfie orang lain, memandangkan Amir ni tinggi kurus lagi panjang tangan, kami bersetuju dan lantik dia menjadi monopod kami sekelas. Gittewww. Sape suruh kau tinggi sangat hahahah. 


 See? Muka aku sepatutnya berjerawat batu tenggelam timbul menjadi licin halus mulus. Belilah Iphone semua yeee ... hahahha*promote*


Seperti yang kita tahu, si Bakti Arjuna Fitri ni agak buas. Ye lah, budak kan? Ni waktu Fynn Jamal datang ke IPGKKB semester lepas untuk program I am Celebrity Teacher with Fynn Jamal. Kitorang kemain lagi berkejar dengan si Juna nak amik gambar, tapiiiiii dengan kecekapan Iphone 5 Amir, even si buas Juna pun bisa diambil dongggg~ Terima Kasih Iphone 5 lulzzz

AZIM
Sebesar makna namanya, begitulah orangnya. ekekek(i'm sorry!). Azim ni our hardcore for last semester. Sebab dialah penggerak kelas kami, dia ketua kuliah dan dia jugak penghubung kami(lah kiranya) dengan HEP. Satu sebab dia ni anak emas ikan kaloi ummi Faridah hahahha jadi haaaa jadi begitulah ceritanya. Habit si Azim ni, dia suka dengar musik punk. Tak berapa punk tapi musik yang head-banging. Bila melekat dengan laptop, dia akan pakai earphone, buka musik dan volume up! First time aku tahu benda ni, aku macam ...

"EH, gila ke dia ni dengar lagu macam tu. Nak tunggu telinga bernanah berdarah dulu baru nak stop dengar lagu high volume" 

Tapi lama-lama, dah boleh terima perangai masing-masing dan faham citarasa sendiri. Dan, itulah gunanya diversity. Kalau kau tak boleh nak terima pendapat berlainan dan perbezaan, apa kata pergi duduk dalam gua sana. Dalam gua kau boleh buat apa jeee. That's why we are in Malaysia. Malaysia with the differences but unity because of the understanding. Haaa giteww ...

NASUHA
Setiap kali perkenalan diri, mesti kena tegur. Ni lelaki tetapi kenapa namanya perempuan? Hahhaha Sebab dia dah bertaubat nasuha,encik ... ( okayy, pickupline tak kena). Berasal dari Bachok. Nasuha ni agak gila kalau kau stick to him. Kalau laa... Dia selalu acah-acah nak tumbuk, sepak dan tampar budak perempuan lain. Konon sado lah tu? Nak tunjuk penumbuk bagai .. Tapi, dengan Fatnin dia tak macam tu pulak. Dengan Fatnin lembut je gaya. Heiiii, tak faham aku. Ish, tak sabar pulak nak makan nasi minyak. hahahah Semenjak dua menjak ni, dia agak diam sikit. Setelah diselidik, aku dapati COC adalah penyebabnya. Se-geng dengan Amir. Kalau menunduk je kerjanya tu, tak lainlah mesti COC! 

IZZU
Sebenarnya aku panggil dia Wan je tapi acah hipster sikit. Budak KL kan? Haruslah hipster. Kalau Wan, aku selalu panggil dia pervert. Sebab dia memang pervert. Takdelah sampai tahap gangguan seksual tapi alaaa macam kau tak pernah pervert kan, mizah? Setiap masa mungkin lol. Perkara paling gila dia pernah buat ialah pakai gaun terpakai Madam Noori dan buat gaya pervert dalam kelas. Eiiiuwwww, masa tu semua orang bash dia hahahhah padan muka. Nak jadi betina sangat kan. Gaya dia tenang takde nak kalut-kalut macam aku kecuali jika memang dia tengah kalut. Akhir-akhir ni, dia selalu tunjukkan aksi romantik bila dengan Hayat, aku pun tak faham kenapa. Sorang main gitar, pastu sorang lain nyanyi. Eh, kau ingat ni orkestra? ekekke 

NAZHIF
Aku, Fatin, Amalia dan yang lain suka lepak dengan Nazhif sebab dia je lelaki yang boleh tahan layan dalam KPOP. Dalam kelas, selalu kami pasang video dance mana-mana group KPOP pastu si koreografernya si Nazhif lah. Ikut je apa dia buat sampai masa kami rasa dah berkilo gram berat turun baru berhenti. Yang paling cun dia menari, Apink- LUV dengan KARA- Mamma Mia. Nazhif ni mudah berlembut. Selalu aku dengan dia bertekak, mesti yang mengalah dia dulu. Sebab aku degil dan payah nak mengalah. Kalau aku mengalah tu maknanya aku dah-malas-nak-bertekak-dengan-kau-dan-sila-berambus hahahhaa. Nazhif nilah selalu tak jemu bertegang urat leher dengan aku. Terima kasih bro tapi dia ni suka mengungkit betul! Kejap-kejap nak ungkit pasal dia buat benda tu dia buat benda ni seorang diri. Heck, memang menyampah tapi aku tebalkan muka dan telinga. Understanding kan? hehehhe

FAUZAN
Kalau si Nazhif tu mulut murai, aku boleh bandingkan Pojey ni dengan Nazhif. Dalam sehari, boleh dibilang jari berapa ketul ayat yang keluar dari mulut dia. Tapiiiii, tu dulu. Sekarang, haaaa kemain mulut dia laju je nak cakap. Lepastu, sekarang dah pandai dah nak kenakan orang. Pandai nak balas balik apa yang orang dah buat kat dia. Good jobbbb! No more bully i guess ;) lol 

I am looking forward for our next semesters and hopefully we pass with flying colours! I will just miss you guys and sure, i am STILL looking forward to travel with you guys. Thank you :*





2 comments:

  1. amboi amboiii.. sukenye dye.. having a great time here kan.. dtg visit blog junior. :)

    ReplyDelete
  2. Omg !!!! Akak senior datang jenguk . thankyouuuu mwah cikedd :*

    ReplyDelete

komen je nanti saya reply kay!

Labels

bloggingchallenge (31) travel (23) thought (16) IPG (12) personal (12) random (12) budak_sekolah (10) mylife (10) TESL (9) EnglishTeacher (6) Kota Bharu (6) soal hati (6) Kelantan (5) Miri (5) SBE (5) study (5) tips (4) umum (4) withfamily (4) food (3) friendship (3) hiking (3) marriage (3) outdoor (3) reviewnovel (3) sharing (3) smaasza (3) 2016 (2) foodporn (2) muhasabah (2) peringatan (2) relax (2) suara hati (2) #Pray (1) Bella (1) UPNM (1) aviation (1) buatmu (1) budak_jakun (1) crush (1) kahwin (1) korean (1) kualalumpur (1) layan (1) macam2 (1) motherhood (1) myRun (1) podcast (1) sahabat (1) sekolahku (1) sushiking (1)