Ehem. Sebenarnya malam ni hajat nak buat academic writing, Madam dah mintak sejak zaman dahulu kala tapi aku masih di sini senang lenang meng-update blog. Oh well, kau memang macam ni. Selalu melengahkan kerja dia. Ala, lagipun Madam macam tak kisah. Eh, M-A-C-A-M , kbye
Di minggu study week ni, bila semua orang balik rumah melepak, nak-nak budak2 Kelantan- Oh well diorang memang mengada taik kuda sebab selalu balik, tetiba aku rasa nak buat lempar belakang. Tak kurang sebulan je lagi wehhh kami di PPISMP. Rasa macam, sekejapnya masa berlalu. Aku belum puas menjadi junior. Belum puas buat kerja terkutuk(sila baca:jenayah) dan belum puas nak usha-usha senior; padahal selalu usha tak kira waktu. Tak sangka, in one year kami dah boleh hafal perangai masing-masing. Tapi hafal je lah, bukannya hadam sepenuhnya. But oh yess, who knows we would be this far? Satu kelas 15 orang(sikit kan?) memang menguji segala benda, jiwa, raga, emosi kami. Sape je satu kelas kurang 20? Ada jeee ... lulz
NURUL NA'IM
Dia ni budak Perak. Sempoi, jenis yang boleh masuk kalau bab-bab hiburan. Aaaaa, kalau bab makan, yes she is number one. Kalau ada vendors ke apa-apa festival kat Kelantan ni, dia sanggup tau pergi even dengan apa cara sekalipun. Lainlah kalau ada program ke aktiviti ke memang tak ah kan? Segala benda yang daring dia boleh cuba. Pernah sekali naik cityliner di pagi hari selepas beli breakfast dan terlajak ke Kota Bharu! Guess what? Kami semua tak mandi pun lagiiiii. hahaha Siot lah dahlah muka berlima ni lah yang selalu buat segala benda tak kisahkan apa-apa dah. Kalau bab kerja, boleh diharapkan(jugak) lah minah ni. Contoh terdekat yang aku nampak semasa assignment. Dia tahu tugas dia dan dia mampu organise teratur walaupun last minute! Hahahah Persamaan kami? Kerja last minute -.- Ahhh! Satu benda lagi yang unik pasal Naim ni, dia ni suka balik tau! Tapi balik dia takde la sesuka hati macam sek-sek Kelantan ni. Tapi,kalau bab cuti + study week, memang dia selaju Usain Bolt. Hahahaha
FATIN NABILA
Budak chubby ni dia sebenarnya second intake. Tapi, kitorang tak kisah, kau first ke second ke tibai je. Kita family kan. Awal-awal masuk kelas dah kena buli dengan soalan bertubi-tubi dari kami. Actually, bila kami dapat tahu ada second intake datang, gelabah gak ah sebab kerusi cukup untuk 14 orang tetiba jadi ganjil bilangan kelas. Dahlah kena duduk seorang diri di ceruk kelas sebab takde pair. Hahahaha nak gelak sakan aku bila dengar asal usul si Fatin ni. JELAWAT okay bukan JERAWAT. The lecturer was asking about that but then it turned into a joke. How funny is that! ( gelaklah setan, aku buat lawak ni)
AMALIA
Out of 10, I would give her ****/10 . ( SHHH... takleh bagitau. Kang dia baca blog aku mampus ah) tapi aku memang sukalah dengan dia punya pemikiran. Selalu lain daripada orang lain. Bila ada confusion ke apa, when we are trying to sort it out but then she was like booommmmm! An idea that will blow others. hahahaha even in critical situation! Sense of fashion dia not bad. Okayy tapi aku taknak cakap benda tu sebenarnya. Dia jenis unpredictable jugak tu. Tetiba ada sesuatu je yang keluar. Out of nowhere. Kalau nak dibandingkan dengan aku yang keras kepala, dia cepat berlembut dan mengalah. Mungkin faktor- the only girl in da house kot. KOTTTT -.-
VILOGINI
She is the only Indian in our class, and batch. Famous amous gilos minah ni. Semua orang kenal. Perkara menarik pasal dia, dia jenis laju. Segala benda dia laju. Assignment, makan, mandi(eh tak pasti bukan satu blok), even berjalan pun laju. Trademark dia- "NOOOOOOOOOO" and " What la youuu ... ". Satu kelas guna trademark ni.hahaha Pendek kata, dia ni boleh diharapkan. Presentation, assignment, quiz di saat semua orang takde mood ke apa, dia punya stamina cenggini haaaa (Y) . Buku Math pun dia baca lol. Tapi setakat ni satu benda dia tak suka- sukan. Even in our Kejohanan Balapan dan Padang haritu, dia tak masuk satu apapun. Dahlah cekiding. Gaya nak mintak kena cekik je dia tu hahah.
ZAHIRAH
The only partner of Terengganus here. Kalau takde dia, aku tak tahu macam mana nak curah bahasa teganung aku ning. Sokmo die ah hok jadi linge bapok jung dengor aku cakak. (harap korang faham!) ;) Dia ni, nafsu makan kuat gila tapi dulu lah,sekarang dah kurusss weeeeeee~ Sebenarnya, Z adalah orang pertama yang aku jumpa bila mula-mula nak daftar masuk IPGKKB. Masa tu, aku lega gila sebab at least jumpalah seorang yang senegori denganku. Then, bila kami borak sikit rupanya dia juga kawan kepada classmate aku- Asmaa dan Amelia. Memang aku terkejut beruk speechless gila. Like, keciknya dunia! OMG ...
FATNIN
Si ramping wakil dari Kok Lanas, kami suka usha dan bash dia. Dia selalu menjadi hasil buli kami. Bila dia keluarkan suara dia terus kena buli lol. Tapi, dia baik gila ah. Tahap aku rasa nak bunuh sebab pahala dah bertimbun kot. Asyik buat baik je keje. Lepas tu, perangai dia ni, suka je nak biar orang membeli guna duit dia pastu bila nak bayar balik dia tolak. Gaya kaya sangat je hahahah. Heyyy, our bitch sorang ni (tapi tak berapa bitch sangat la) satu je pun yang kitorang harapkan. Cepat-cepat kahwin dan bagi anak sedara kat kami. Emm, let it be secret la kot tapi cepat-cepat la kahwin yeeee! But then, we cannot hang out together lah! The priority .....
HAYAT
Si kecil yang aku selalu panggil pendek(forgive me!) hahaha, selalu berlagak innocent tapi agak wild sebenarnya. Sekali tengok memanglah nampak nerd sikit tapi jangan disangka air yang tenang tiada buaya. Ni haaa, buaya Padang Tembok datang maiiii ... Hayat ni dedikasi dalam tugas, segala benda dia buat memang dia akan bertanggungjawab dari awal sehingga akhir. Dan, kalau dia buat kesilapan aku rasa sampai minggu depan tak habis lagi minta maaf. But then, we are used to it now. Hopefully, till the next 4 years. Psttt : ramai peminat Hayat ni.
ILYANA
yana ni, orang boleh silap dia ni kelas Pendidikan Islam. Hahaha, from her characters and what not, i bet people people might mistake her for PA class. Sebab satu dia tudung labuh, then dia kurang masuk sikit bab-bab perangai masuk air kitorang but overall she is okay. We respect her privacy and vice versa. Tolerance is the key. The only thing i adored about her is when presenting-- she is the best in projecting her voice and explanation. Even in everything she does, seems beautiful, in my eyes.
So, these girls are really happening. I am glad to have them here, right by my side. Not now, because some of them at their house for sure ekekeke. Alhamdulillah, korang yang menceriakan hari-hari aku kat sini, tak jemu dengan perangai aku yang selalu berbolak-balik... aku berterima kasih sangat-sangat. Sebab tak bosan dengan aku dan faham aku. Aku tak mampu kalau seorang diri, dan sebab tulah Allah hantar korang untuk kuatkan aku. Yelahh, family aku jauh, jadi Dia gantikan dengan korang. Bukan sementara, InsyaAllah. Tsk. Tsk. Okay dah nak mula sebak sebabak dia tuh.
p/s : Okay next entry- the boys. Rasa macam panjang pelik dah post ni. hiks


No comments:
Post a Comment
komen je nanti saya reply kay!