Aku memang tak pernah cerita lagi kat sini tentang kawan aku yang accident 2 minggu lepas ( lupa bila ) . Dan tanggal 18/2/2014 merupakan sejarah tersedih dalam ukhuwah persahabatan kami kerana salah seorang dari kembar yang accident tu dah meninggal dunia. ( Al Fatihah )
Alkisahnya begini ya ....
Pagi tu, si ibu menghantar si kembar, Amirah dan Anisah ke PSM ( pusat belajar memandu ) . Menaiki Grand Livina kalau tak silap. Sebaik sahaja ingin memasuki pagar PSM, sebuah kereta wira yang memecut tanpa disedari melanggar kereta si kembar ni. Anisah ditahan di wad ICU kerana tidak sedarkan diri sama sekali . Alhamdulillah Amirah cuma cedera di kaki dan tangan tapi si ibu mengalami patah tulang rusuk kecil . Aku melawat mereka dalam 2/3 kali jugak sebab kebetulan nenek aku dimasukkan ke wad juga. Sehari sebelum pemergian Anisah, aku melawat ke wad ICU dan memegang tangannya. Keras. Kaku. Aku hanya berdoa agar aliran ukhuwah di tangan kami terus mengalir dan menyedarkannya dari tidur yang panjang.
Keesokan hari, aku ralit menjaga nenek di wad hinggalah jam menunjukkan menghampiri 12. Aku menerima kiriman SMS ...
" Tolong doakan icah(Anisah) !!!! Dia kritikal !!!! "
Aku tersentap. Lalu, aku meminta izin untuk ke wad ICU untuk melihat keadaan icah. Aku teragak-agak untuk masuk ke dalam sebab pengawal keselamatan kata seluruh keluarga ada kat dalam. Aku mengambil keputusan untuk menunggu di luar pintu sehinggalah aku melihat Ammar, abang si kembar berlari-lari memasuki wad icah. Hati aku juga berlari-lari ingin melihat keadaan Icah ! Aku hanya mampu berdoa. Tak lama selepas itu, aku melihat Ammar keluar dari ICU dengan air mata mengalir dan matanya merah !
" Ammar ! Icah macam manaaa ??? "
" Icah dah takdak ... " Ammar memberitahu sambil tersedu - sedu
Otak aku mengambil masa yang agak lama untuk mencerna perkataan " takdak " . Aku bergegas menelefon sahabat yang lain untuk memaklumkan berita itu. Bertalu-talu call dan SMS diterima . Semuanya bagaikan tidak percaya ! Sahabat kami ! Aku lalu masuk ke sana. Melihat tangisan Amirah yang bagaikan sukar untuk menerima kehilangan kembarnya. Melihat tangisan si ibu yang meminta Icah agar bangun. Ahhhh ... ! Semakin aku sebak melihat si ibu. Aku hanya mampu menggosok perlahan belakang Amirah. Aku tahu, jika aku berkata-kata waktu ittu ibarat mencurah air ke daun keladi.
Doktor meminta izin ingin membersihkan Icah dan membuang wayar-wayar yang berselirat di badannya. Aku tak tergamak nak mendekati Icah sebab si ibu tak lepas-lepas tangan Icah yang kaku. Aku membawa Amirah keluar untuk kembali ke wadnya. Suasana sunyi seolah-olah malaikat melalui kami.
Setiba di wad, aku membantu Amirah berkemas-kemas untuk pulang ke rumah. Tak membantu jugak sebenarnya aku ni, sebab semuanya dilakukan pantas oleh si Ammar. Aku hanya membantu apa yang patut. Si ibu tidak henti-henti menangis. Puas dipujuk. Aku memandang ke arah lain. Tak sanggup.
Walaupun aku taklah rapat mana dengan Icah berbanding Amirah, tapi aku tetap terasa . Kerana UKHUWAH . Aku satu bilik dorm dengan Amirah je. Time exam SPM tahun lepas arwah Icah ada datang ke bilik aku sebab nak study dengan kembar dia . Ahhhhh ! Sebakkkk . Sudaaahhhhh ....
Icah , serta kawan kawan yang lain, kita jumpa di syurga yaaa ! Friends till jannah wa UKHWAH FILLAH ABADAN ABADAAA !
Till then,
XoXO



alfatihah.moga rahmat Allah sentiasa mengiringinya.Senyumlah adik,Allah lebih sayangkan dia.Hargai nikmat umur yg diberikan olehNYA kepada kita tika ini agar kita bisa beribadah dgn sempurna kepadanya.. ;)
ReplyDeleteya..semoga berjum di syurga....
ReplyDeleteAl-Fatihah.. amin ya Rabb..
ReplyDeleteMemang sukar untuk menerima pemergian orang yang rapat dengan kita...tapi...mungkin itulah yang terbaik buat diri dia...hanya Allah yang Maha Mengetahui...tc pon lepas balik melawat kat umah arwah...satu persatu keletah dia berlegar di fikiran....dok cari gambar2 dia...cuba untuk kukuhkan ingatan pada yang dah tiada...semoga Allah menempatkan rohnya di kalangan orang2 yang beriman....
ReplyDeleteamin , tc :)
Deleteal-fatihah. insyaAllah bertemu lagi di syurga dengan izin Allah. Berdoalah untuknya kerana doa itu peneman bagi orang yang sudah tiada.
ReplyDelete