Dari usia 19 tahun, dia mulakan kerjaya sebagai pemandu lori muatan kecil dan besar. Dari ceruk Perlis hingga ke hujung Johor, dia belajar dan merantau demi pengalaman. Sekarang dah genap 34 tahun, tempoh yang cukup lama untuk dia ambil keputusan untuk berhenti dan berehat. Sisa masa yang ada ditumpukan kepada keluarga pula. Pagi keluar sebelum subuh, balik ke rumah bila anak-anak dah tutup mata. Jarang di rumah. Kadang-kadang dia bawa aku dan adik-beradik bersama naik lori sebab umi kerja shif. Kadang-kadang, saudara-mara datang menjaga kami adik-beradik sebab umi abah serentak kerja.
Banyak dugaan yang kami satu keluarga harung sebenarnya. Pahit banyak, manis pun banyak. Dulu aku pernah labelkan keluarga kami sebagai broken family. Hanya kerana aku tak dapat tumpuan dan kasih-sayang yang cukup. Rupanya, tanpa aku sedar perkataan broken family tu tak layak pun untuk kami sebut. Selama ni, aku sangka memang takde sinar pun untuk kami sekeluarga jadi macam keluarga lain. Ruang lompong kosong tu rupanya fasa dimana umi dan abah sedang berusaha untuk mencari duit untuk senangkan kehidupan kami adik-beradik.
Hati aku sebagai budak bergelodak dengan emosi dan selalu fikir umi dan abah tak sayang aku. Sekarang bila aku sendiri kerja dan melihat umi abah di kampung bersenang-lenang, baru aku faham. Inilah namanya menuai hasil di hujung usia. Mereka senang hati di kampung pada usia tua bersama keluarga dan kawan menguruskan tanaman dan ternakan.
Satu perkara yang aku kagum dan belajar dari umi abah. Setia bersama dalam susah senang dari awal sehingga akhir. Abah bermula dengan gaji yang sangat kecil dari umi. Dengan gaji yang kecil menampung umi, abang, aku dan adik. Umi sangat sabar dan faham abah. Aku tak pernah nampak abah mengeluh atau putus asa. Mungkin di depan umi je kot dia tunjuk sisi tu. Anak-anak tak nampak. Umi sangat positif dan sokong abah. Cuma sekali je aku pernah nampak umi kecewa terang-terangan. Masa tu, sekolah abang aku call umi kat tempat kerja. Umi tergesa-gesa balik dan pick up abang aku kat sekolah bawak balik rumah. Sampai rumah tu, umi menjerit dan rotan abang aku. Rupanya, abang aku kena tangkap hisap rokok dalam sekolah dengan kawan-kawan. Sumpah tu first and last aku nampak umi menjerit macam kena rasuk. Aku faham mesti umi stress dengan tempat kerja lepastu dapat pulak call macam tu. Sape tak stress kan. Dalam susah-susah diorang tu, berjaya jugak besarkan kitorang bertiga dengan jayanya.
Kalau perlu dipilih tokoh kesetiaan dan kesabaran, umilah orangnya.
Rumah lama tu masih lagi berdiri kukuh. Rumah yang menyimpan kenangan. Rumah saksi tangisan, pergaduhan, gelak ketawa kami. Rumah saksi rumahtangga umi abah hampir roboh sebab orang ketiga. Tapi, berjaya diselamatkan. Rumah tu juga pernah dipecah masuk oleh pencuri. Bukan sekali tapi beberapa kali. Pecah masuk dengan parang, pisau. Polis pun siap masuk rumah ambil sampel cop jari semua. Pengalaman sungguh. Tu rumah lama la. Sekarang dah pindah rumah baru. Rumah lama tu umi abah buat sewa.
Kejadian seram pun tak kurang hebat juga. Diganggu "makhluk"
Malam tu abah keje malam lagi. Tok berjalan kaki datang rumah kami, untuk teman kami anak-beranak tidur. Sebelum masuk tu, Tok berhenti sangat lama depan rumah sambil pandang ke atap mulut terkumat-kamit. Kitorang tanya kenapa... Dia jawab ada "mak dan anak" tengah main-main atas atap. Dan lokasi "mak dan anak" tu berdiri betul-betul atas atap bilik aku. Terus malam tu aku tidur dengan umi kat ruang tamu.
Dan beberapa kejadian lagi yang aku sudah tak nak ingat haha...
Oh, kejadian yang aku tak nak mandi ke tak nak pergi sekolah ke (aku pun lupa), abah balik kerja petang tu pastu abah dapat tahu terus dia amik batang paip pvc tu kejar aku sekeliling rumah. Jiran sedara-mara semua tengok. Sumpah malu masa tu, menjerit-jerit aku minta ampun dengan abah ๐
Rindunya.
Abah kerja tak menentu masanya. Kadang, aku balik sekolah tengahari pintu rumah berkunci sedara-mara takde kat rumah diorang. Aku tunggu atas kerusi kayu depan pintu rumah pastu tertidur. Petang sikit abah sampai depan rumah dengan lori, campak kunci kat aku suruh masuk rumah cepat.
Tertidur di luar depan pintu rumah!
Nikmat weh!
Angin sepoi-sepoi bahasa, panas terik memang ke alam mimpilah aku.....
Kena sidai tu biasa. Feeling dia masa kena sidai tu pastu dengar bunyi motor abah dari jalan nak masuk kawasan rumah tu fuhhhhhhh... melompat-lompat kesukaan. Budak-budak bila dengar motor ayah dia balik dari kerja, haaaa macam tu la feeling dia.
Kalau macam malas nak tunggu abah kat luar rumah, aku merayau la rumah sedara-mara tepi-tepi tu, lepak kat beranda rumah diorang. Sampai tertidur-tidur kat beranda. Sedar-sedar dah petang.
Kalau rajin sikit aku gi rumah Tok aku sebelah tu, duduk atas buaian smabil dengar dia mengaji, merepek, membebel.
Eeeeeeee rindu!
Lepas 13 tahun duduk situ, umi abah finally dapat siapkan rumah baru. Pindahlah kitorang ke rumah baru which is kampung sebelah umi. Abah nak pindah sini sebab sini ada tanah sikit. Nak menanam, menternak. Alhamdulillah tercapai.Hanya bermula dengan angan-angan dan disudahi dengan kenyataan. Atas nama usaha.
Umur aku 25 tahun ni baru nampak semua benda ni.Aku belajar dewasa dengaan melihat orang sekeliling. Jatuh bangun diorang. Suka duka diorang. Aku amik pengajaran dan cuba tak ulang.
Tapi, nama sudah manusia. Kerdil. Merancang macam mana pun, ujian tu tetap ada.
Tuhan tu kan penuh dengan kasih-sayang. Dia bagi ujian sebab dia sayang. Dia nak kita ingat Dia.
Aku tak boleh bagitau dengan detail ujian apa. Cuma mampu cakap, aku tunjuk kesenangan dan kegembiraan kat orang. Yang sedih, yang kecewa, yang pedih aku simpan sendiri. Buat pengajaran dan pengalaman.
Ehek!
Sembang dengan umi, tanya jugalah dia ada nak apa-apa ke? Sesuatu yang dia belum dapat..?
Umi ni, dah ada rumah, ada suami, ada anak, ada kerja, nak pencen dah pun, ada kereta, ada menantu, ada cucu. Rasanya lebih dari cukup. Tak ada apa dah umi mintak. Umi nak rehat je sekarang
Sebak.
Memang umi tak pernah meminta dari dulu. Dia yang banyak memberi. Dia banyak beri kat adik-beradik dia. Dia banyak beri kat kawan-kawan. Aku ada tanya jugak apa yang dia buat semua tu. Memang dia tak bagitau. Aku sebagai anak dia sendiri pun tak tau setiap tahun dia bagi sumbangan kat orang dalam kampung kitorang ni.
Semoga diizinkan Tuhan untuk aku berbakti kepada mereka.
Semoga Tuhan izinkan aku untuk ikut jejak langkah umi.
Setia dan sentiasa menjadi tulang belakang orang tersayang.
Amin.
Selamat menikmati kehidupan berpencen abah.
Teruslah bahagia dan sentiasa merasa cukup dengan umi di sisi๐
No comments:
Post a Comment
komen je nanti saya reply kay!