Assalamualaikum...hehehe
Minggu yang busy kan? Busy tu biasa untuk kita yang hidup. Rugi kalau hidup tak busy. Bagi aku, kalau busy ni elok jugak sebab bila busy :
tak sempat nak overthinking
tak sempat nak buruk sangka
tak sempat nak kepochi urusan orang
tak ada ruang nak membenci
tak ada kesempatan nak bohong
Gittew mukaddimah dah deep.
Korang maybe busy kerja atau study kan? Samalaaaaa kita. Siang busy kerja WFH. Malam busy self-love.
Self-love apa? haaa meh nak cerita.
Self-love ni banyak jenis. Kalau korang sedang move on dari sesuatu perkara, tak kisahlah move on dari cinta ke, ex ke, move on dari kerja-kerja yang tak settle dengan sempurna ke. Move on ni luas.
Self-love ni satu aktiviti atau usaha yang kau buat untuk kau move on daripada perkara yang menyerabutkan kepala kau tu. Tak kiralah aktiviti tu hobi ke apa ke.
So, sekarang aku punya self-love antaranya;
Netflix
Blogging
Gaming
Live streaming
Window-shopping
Ha tu je.
Netflix. Aku akan allocated masa dalam beberapa jam samada lepas kerja WFH atau weekend untuk pilih film di Netflix. Dan... aku sememangnya akan pilih film ya. Drama terlalu panjang kecuali genre yang memang aku suka.
Blogging. Ni blog aku yang dah establish since 2010. Fuh, dah 11 tahun usia. Masih setia dengan penulisan ya haha. Dari zaman sekolah, maktab dan kerja. Sini jela aku muntahkan segala benda bila aku rasa nak berceloteh tapi takde orang dapat jadi telinga. Aku suka menjadi telinga orang tapi aku tak suka orang menjadi telinga aku. Weirdddd~ Serious dapat reduce stress wooooooo bila menulis. Nanti dah kahwin aku suruh laki aku baca blog aku jela biar dia tahu sebab aku emosi itu ini untuk hari tu HAHAHHAHAHA
Gaming. Dalam fon tu takdela banyak game, dalam 5 game je. Ada game Sumikko Farm, Cafeland, Among Us, Mobile Legends dan Stumble Guys. Tapi, aku tak main semua pun. Aku paling banyak main Mobile Legends dan Stumble Guys. Mobile Legends tempat aku relaks setiap hari lepas buat kerja rumah, kerja-kerja sekolah. Aku takde squad pun. Group pun takde cuma solo push je mampu. Tenang wey main solo. Tak rasa terbeban dengan expectation orang lain. Kau follow pace kau je. Kau rank pun jatuh kau sorang je tak effect orang lain. Tak rasa bersalah hahahhaha.
Live streaming. Jangan salah faham duluuuuuu! Bukan aku yang live streaming. Aku MENONTON live streaming orang lain haha. Kalau nampak aku lama online kat facebook tu, memang sah kejadahla aku duk tengok live streaming. Tak kisahla live streaming apapun gaming ke, live streaming kelas ke apa ke aku masuk je tengok. Aku jugak ada join kelas ala-ala motivasi tapi tak macam motivasi pun. Lebih sesuai aku cakap kelas tu kelas yang ajar pasal how to build stable and harmony relationship with others. Ciduk sikit-sikit ilmu apa yang dapat. Gittew~
Window-Shopping. Lastly, ni memang kerja sambilan tetap sepanjang PKP hihi. Buka tutup Shoppe sudah menjadi amalan ye 😆 Tapi itulah, mampu window-shopping jelah. Sebab aku dalam fasa menabung.
Ini adalah cara aku self-love. Aku tak tahulah korang cemana tapi at least do something if korang dalam fasa move-on. Aku boleh cadang satu buku menarik berkaitan move-on. Kalau korang minat membaca silakan tanya di komen hahahah. Bila tengok balik, semua yang aku buat untuk self-love ni sebenarnya satu investment atau pelaburan untuk diri aku. Aku semakin dapat berfikir secara rasional. Aku perasan yang aku tak cepat melatah jugak. This is really a good investment. Aku suka! Terutamanya bila join kelas Vitamin Cinta Kamalia Kamal tu. Semoga pelaburan ni dapat aku amal kat orang lain jugak dan sebarkan vibes baik-baik saje gittewwww~
Selamat malam,
No comments:
Post a Comment
komen je nanti saya reply kay!