Assalamualaikum. heheheh
Lama tak tulis kan. Sekarang aku agak sibuk. Bukan agak. Memang sibuk! Sibuk merancang dan melaksana bahan dan kerja-kerja. Merancang masa depan pun ye jugak! ahaha Bukanlah takde masa langsung, adaaaaaa cuma ikut hari. Tapi kalau ada whatsapp ke apa ke laju je membalasnya 😂
Sekarang dah masuk minggu ke-3 PKP 3.0 dan sejujurnya rasa macam mayat hidup yang mereput. Bayangkan, bila ada masa lapang buka Netflix, lepas tu masak dan makan, lepastu mengantuk tidur. Bila petang sikit rasa badan lemau lesu terus capai tali skipping lompat kat tengah ruang tamu. Semoga jiran bawah ampunkan aku 🤣 Kat luar rumah boleh je nak buat aktiviti semua tu tapi akulaaaaaah malas betul nak pakai baju full set bertudung.
Bersyukur juga kan bila dapat buat aktiviti gini. Bayangkan frontliners yang bekerja takde masa nak buat aktiviti macam aku tu. Kesian gila! Jadi korang, ayuhla duduk rumah kalau takde apa-apa urusan yeeee.
Oh! Cakap pasal tali skipping. Benda tu aku terpengaruh kat media sosial. Lupa samada Twitter atau Tiktok. Aku tengok ada lelaki ni review tali skipping pastu terus aku cari kat shoppe. Best gilaaaaa dia punya tali dan sistem digital tu. Murah pun murah!
Aku mengharapkan badan aku kental sikitla lepas skipping ni. Rupanya memang ada progress. Berat badan aku turun wuhuuu. Sebelum PKP, angka 50+ lepas je buat aktiviti jadi 48. Happy bukan kepalang kauuuu.
Walaupun sikit tapi progres dia tu wow sangat. Orang kata, biar lambat asal selamat.
Sama jugak bila buat kerja. Bila buat kerja, aku perasan aku agak ketinggalan dari kawan sekerja yang lain. Tapi lama-lama aku belajar yang setiap orang ada pace dia sendiri. Cepat atau lambat itu bergantung, bukan penentu bagus atau tak. Dulu terasa rushing bila buat kerja. Terasa nak ikut pace orang. Sekarang dah reti control pace dan akui kelemahan dan hargai kekuatan sendiri. Hati pun tenang sebab tahu, lambat pun kerja siap juga😅
Belajar untuk bertenang. Bersabar. Akui kelemahan. Hargai kekuatan.
By the way, bila cakap pasal pace and progress ni, aku teringat jugak kawan-kawan yang lain. Kebanyakannya dah move forward fasa kehidupan ke next step (kahwin, tunang, kerja). Dulu, masa mula-mula kawan aku move step forward dalam life diorang kan, aku memang culture shock gitu. Lepas tu, aku terus letak self-realisation yang everyone moves differently.
Semoga makin kuat untuk sisa 23 hari ni.
Selamat malam.
No comments:
Post a Comment
komen je nanti saya reply kay!