Saturday, 16 January 2021

a quarantine and sambal

3 hari lagi sebelum habis tempoh kuarantin. Penat.

Aku ambil langkah kuarantin diri untuk 10 hari lepas pergi kenduri. Tempat kenduri aku tu pulak ada kes. Terus rasa tak selamat. 

Keesokan tu, aku terus maklum kat majikan dan sekarang aku harap takde simptom lah. Cuma setakat ni aku takde pun demam semua tu. Ada cirit je sikit pagi tadi. Tak pasti lagi sebab makanan or apa. Semoga habis kuarantin cepat. Tak sabar nak keluar(walaupun tak keluar pun)

Memandangkan aku duk prepare barang untuk balik ke rumah, aku decide to make sambal penyet!
Sebenarnya tak tahulah nak panggil sambal apa tapi untuk dimakan dengan nasi begitu sahaja. So, meh aku share bahan. and few pictures too ihiks. 

Tomato
Cili padi
Cili besar
bawang merah
bawang putih
belacan

Goreng separuh dan blend dan goreng lagi. Then, tadaaaaaaaa



Bolehla kan, lauk instant untuk orang bujang. Seronok jugak buat benda-benda gini. Menjimatkan lagi.

Lagipun, duk sorang ni nak masak pun pening. Masak sikit, tak padan. 
Masak banyak, takde orang makan. 

Jangan tanya pasal housemates. kitorang makan sendiri-sendiri je. Selera makan tak sama gitulah.

Dapat dalam 2 botol jugak sambal ni. Kalau tak cukup kita buat lagi kay!

Until then, annyeong!!

No comments:

Post a Comment

komen je nanti saya reply kay!

Labels

bloggingchallenge (31) travel (23) thought (16) IPG (12) personal (12) random (12) budak_sekolah (10) mylife (10) TESL (9) EnglishTeacher (6) Kota Bharu (6) soal hati (6) Kelantan (5) Miri (5) SBE (5) study (5) tips (4) umum (4) withfamily (4) food (3) friendship (3) hiking (3) marriage (3) outdoor (3) reviewnovel (3) sharing (3) smaasza (3) 2016 (2) foodporn (2) muhasabah (2) peringatan (2) relax (2) suara hati (2) #Pray (1) Bella (1) UPNM (1) aviation (1) buatmu (1) budak_jakun (1) crush (1) kahwin (1) korean (1) kualalumpur (1) layan (1) macam2 (1) motherhood (1) myRun (1) podcast (1) sahabat (1) sekolahku (1) sushiking (1)