Saturday, 12 March 2016

[ Day 4] Pengalaman SBE pertama! School-Based Experience

Hi Assalamualaikum.

Hari keempat. Hari kedua sebelum berakhirnya SBE fasa 1 aku. 

Jujur? Aku gembira sebab dah nak habis. 
Tak jujur? Aku gembira bila tengok budak-budak ni. Aku masih merasakan mereka belum mendapat hak mereka secukupnya. Sigh

Aku bukan nak kata guru kat sini tak berusaha, malah mereka sangat berdedikasi mengajar anak-anak kampung ni. Maksud aku, tugasan yang bakal digalas bakal guru nanti-- akulah tu. Aku bersetuju jugak dengan apa yang disindir oleh adik neelofa tu. Masalah kita senang sahaja, kita praktikal ketika belajar, bukan ketika bekerja. Aku hairan, macam mana hasil pembelajaran dan pengajaran kreatif yang guru-guru cipta ketika belajar hilang begitu sahaja bila masuk alam bekerja. Aku tak nafikan aku mungkin juga begitu. Sebab kita dilatih begitu. Dilatih untuk hipokrit dalam belajar. Dilatih hipokrit semata-mata inginkan keputusan gempak dalam peperiksaan. Kerana minda kita diasah, bekerja mesti sibuk. Peperiksaan mesti lulus. Pengajaran haruslah dari orang yang kertasnya bersih dari B, C dan D. Orang gagal tiada tempat jaminan kerja. Entahlah. 

Harini aku sangat kagum dengan budak-budak ini. Mereka tetap melayan aku walaupun aku agak membosankan. Aku bosan kan? Bakal guru bosan yang hanya tahu marah-marah bila budak tidak mendengar kata. 

mekasih tolong cikgu jayakan kelas agar 'hidup'

Perhimpunan pagi dimulakan dengan sesi storytelling oleh dua pelajar tahun 1. They were so cute wearing head band of rabbits when telling the story of the cats! 

Whilst, i detected another problem in class 3 Arif which i can relate why they acted that way to me.

No comments:

Post a Comment

komen je nanti saya reply kay!

Labels

bloggingchallenge (31) travel (23) thought (16) IPG (12) personal (12) random (12) budak_sekolah (10) mylife (10) TESL (9) EnglishTeacher (6) Kota Bharu (6) soal hati (6) Kelantan (5) Miri (5) SBE (5) study (5) tips (4) umum (4) withfamily (4) food (3) friendship (3) hiking (3) marriage (3) outdoor (3) reviewnovel (3) sharing (3) smaasza (3) 2016 (2) foodporn (2) muhasabah (2) peringatan (2) relax (2) suara hati (2) #Pray (1) Bella (1) UPNM (1) aviation (1) buatmu (1) budak_jakun (1) crush (1) kahwin (1) korean (1) kualalumpur (1) layan (1) macam2 (1) motherhood (1) myRun (1) podcast (1) sahabat (1) sekolahku (1) sushiking (1)