Assalamualaikum.
Jom sambung kisah sebelum ni? heeheheeee ...
Cerita ini bermula sejurus saya turun dari bas di KLSENTRAL.
Sila
baca entri ini dan menganggap saya budak kampong yang baru nak pergi ke Kuala
Lumpur macam cerita Senario dulu-dulu tu.
Dengan tak ada peta di tangan dan
Cuma menggunakan aplikasi Whatsapp, aku berjanji dengan Izyan (kawan satu
sekolah) untuk menunggu di KLSENTRAL. Izyan belajar kat UIA Gombak. Kami
berjanji nak berjumpa di KLSENTRAL.
Sebenarnya, aku langsung tak tahu apa itu
KLSENTRAL. Shopping mall ke? Stesen ke?
Aku TAK TAHU.
Bila sampai ke stesen bas
tu, terus aku ikut orang lain masuk ke NU SENTRAL. Bila dah masuk ke NU Sentral
kan, aku macam tercengang. Eh, ni dah kenapa tetiba masuk dalam mall. Aku pun
gelabah nak mati terus je jalan ikut escalator dan naik ke bahagian monorel.
Bila sampai kat depan kaunter pertanyaan tu kan, rasa nak nangis pun ada.Yelah,
dahlah sorang-sorang. Pastu sesat. Nak tanya orang kat kaunter tapi takde orang
waktu tu. Maghrib masa tu lagipun. Aku syak mesti orang dia pi solat. Aku pun
turun balik ke bahagian bawah NU sentral dan duk kat bangku depan pintu masuk
NU Sentral tu. Izyan ni pulak, tak sampai-sampai lagi. Sabo je le
menunggu. Then, aku whatsapp beberapa kawan yang study kat KL ni. Masa tu la
diorang terangkan apa LRT tu dan lokasi NU Sentral dan cemana nak naik LRT.
Lastly, aku amik keputusan untuk naik tingkat atas dan cari LRT. Adawiyah
whatsapp aku, cakap aku kena cari kedai roti Aunty Anne’s pastu ikut laluan
tangga/escalator tu. Bila dah jumpa memang legaaaaaaaaaaaaaaa! Pastu tak lama
Izyan pun sampai dan kitorang makan dulu kejap sebelum naik LRT.
![]() |
| Aku rasa macam dah orang pelarian je asyik menunggu jeeee kat sini haha. |
Tips
naik LRT : Kalau nak mudah dan cepat sila buat kad Touch n Go di mana-mana kedai
available. Sebelum pi KL, aku dah buat awal-awal di Watson Kubang Kerian,
Kelantan. Lagipun, aku memang selalu berbelanja di Watson jadi berbaloi gak ah.
Nanti nak beli boleh guna kad Watson hiks.
Banyak
yang aku belajar bila naik LRT ni. Tapi, first time naik memang aku mabuk.
Hahahaha malunyaaa! Aku mabuk sebab dia terlalu laju dan bunyinya sangat
memeritkan telinga bila masuk dalam terowong. Baru aku faham kenapa sesetengah
manusia suka pakai headphone dalam tempat ramai orang. Bingit!


No comments:
Post a Comment
komen je nanti saya reply kay!