Friday, 31 July 2015

Tarbiyah Sentap

Assalamualaikum and hi!

Sejak dua menjak aku tengok twitter semakin hambar. Penuh dengan pergaduhan keyboard. Aku akui, dulu aku pun macam tu. Suka je keyboard warrior ni. Suka tegakkan benang yang basah sebenarnya. Tapi percayalah, akhir sekali kau akan rasa yang benda tu tak membawa kau ke mana-mana pun. Sekadar kepuasan sementara. Nak-nak aku ni jenis mudah terhibur.

Dan jenis mudah move on. (dalam hal ini la)

Aku mengikuti siri-siri tarbiyah oleh pelbagai akaun twitter. Ada tarbiyah yang menusuk kalbu ataupun tajam. Ada tarbiyah lembut atau memujuk rayu. Ada tarbiyah kasar dan bila kau baca kau rasa marah. Ada tarbiyah yang bila kau baca kau akan rasa bersalah tapi kau tak hiraukan.Ada yang sentap, ada yang sekadar ingat mengingati.

Jangan risau. Aku pun macam tu.

Tapi, kita pengguna. Kita pembaca. Kita jugak yang akan terima nasihat tarbiyah dakwah or whatever lah kau panggil dia. Penerimanya kita. Hati kita. Kita je tahu kita ni jenis macam mana. Kau berkawan seribu tahun pun dengan kawan-kawan kau, ada juga satu benda yang kau akan rahsiakan dari dia. Kau lah kena bijak terima tarbiyah tu. Jangan sesuka hati salahkan tarbiyah orang.

Diorang tarbiyah melalui pelbagai cara. Lain orang lain cara tarbiyahnya. Cuma satu yang sama. Medium penyampaiannya melalui tulisan. Tarbiyah tulisan sangat terhad. Kau takkan faham macam mana tarbiyah tu disampaikan melainkan kau mendengarnya sendiri. (gaya pendakwah)

Bijakkanlah diri kau tu, amik yang mana boleh diamik. Yang mampu diamik. Jangan nak salahkan pentarbiyah.

Maaflah. bukan menegakkan pentarbiyah-pentarbiyah online di luar sana tapi bagi aku, kalau kau mampu, terima je. Kalau rasa tak mampu, rasa keras, rasa berat hati nak terima abaikan dulu. Aku doakan semoga kau jumpa tarbiyah yang kau mampu terima.

Terima kasih.

Tarbiyah yang ditujukan tak merujuk mana-mana pengguna akaun atau admin. Just a general talk and idea.

p/s : penulisan dan idea dari aku sendiri. Maaf kalau tak puas hati :) 

No comments:

Post a Comment

komen je nanti saya reply kay!

Labels

bloggingchallenge (31) travel (23) thought (16) IPG (12) personal (12) random (12) budak_sekolah (10) mylife (10) TESL (9) EnglishTeacher (6) Kota Bharu (6) soal hati (6) Kelantan (5) Miri (5) SBE (5) study (5) tips (4) umum (4) withfamily (4) food (3) friendship (3) hiking (3) marriage (3) outdoor (3) reviewnovel (3) sharing (3) smaasza (3) 2016 (2) foodporn (2) muhasabah (2) peringatan (2) relax (2) suara hati (2) #Pray (1) Bella (1) UPNM (1) aviation (1) buatmu (1) budak_jakun (1) crush (1) kahwin (1) korean (1) kualalumpur (1) layan (1) macam2 (1) motherhood (1) myRun (1) podcast (1) sahabat (1) sekolahku (1) sushiking (1)