Tuesday, 7 July 2015

Sambutan Hari Jadi paling 'Rare'

Assalamualaikum and hai!



Hari ni kelas aku buka iftar sekali. Sebenarnya cerita dia macam ni, kitorang nak berbuka puasa sekali dengan mentor-mentor; madam Emi dan madam Nori tapi madam Emi tak dapat datang sebab keluarga. Jadi, kami teruskan dengan rancangan iftar dengan madam Nori dan suaminya jelah. Banyak hari jugak merancang sebab yelah, makan dengan mentor kan? Walaupun madam sporting gila nak mampus, (dia tak kisah je berbuka kat mana. Dalam kampus lagi okay sebab senang nak pergi solat apa semua tu:) 


Sya bertugas dalam menempah makanan ni jadi kami berharap kat dia jelah. Lagipun dia dah biasa dengan contact-contact people ni hihik. Siaplah sudah kami tempah nasi ayam dan air dari kafe lol. Lalu, yang ditunggu-tunggu keputusan dari madam jelah. Sebab madam susah sikit nak berhubung, dia agak sibuk; berkejar ke sana sini kesian jugak tengok ;( 


Tapiiiiii ~ Baru tengah hari tadi madam call cakap tak boleh datang sebab anak saudara dia meninggal dunia. 

Innalilahi wainna ilaihirajiuun. 

So, she cannot make it for today too. How pitiful for us sebab sebenarnya ini dah iftar kali kedua 2.0 yang-dirancang-dengan-mentor-tapi-tak-jadi. Kami pun pasghah jelah, berbuka dengan kita-kita ajeee kat kafe. 

Then, 5 minit sebelum berbuka tu aku 'dikejutkan' dengan nyanyian "Happy Birthday" oleh rakan sekelas dan sejibi kek yang cantik gilaaaa T__T *nangis*
Rupanya diorang rancang sambut aku punya birthday sekali dengan iftar hahaha tapi aku terharu jugak lah dengan usaha tu. (walaupun tak terkejut mana tapi aku play along, buat-buat terkejut lulzz) Sebab aku dah tahu hahahhahhahhaha k . Al-kisahnya terbongkar rancangan diorang ni macam ni :


1.  Malam jumaat lepas aku,z dan hayat duk lepak sambil tengok cerita Thailand The Swimmers. Masa tu, aku TERgodek dia punya whatsapp dan ternampak satu group yang bernama "mijahhhhhh"(tak pasti berapa H). Terus aku dah agak,ni tak lain tak bukan mesti pasal birthday. Sebabnya, harijadi aku sorang je lagi yang tak tersambut. Maklumlah. Jatuh pada cuti sekolah. Tapi, hampir terkantoi dengan hayat malam tu. Dia perasan yang aku duk godek dia punya conversation terus dia rampas telefon dia. Tapi aku sempat tutup lah perbualan tu. Dia ingatkan aku baca conversation dia dengan 'someone'. Hehh  takde maknalah nak baca perbualan orang. Benda peribadi kot.



2. Pagi tadi. Aku duk print kertas kehadiran subjek kat bahagian belakang kelas. Bila dah siap tu, aku pergilah ke tempat aku bila aku nampak bitches duk borak-borak. Tapi, aku musykil kenapa diorang cakap perlahan gila suara. Biasanya diorang kalau bergosip huha huha dengar sampai ke luar. Pastu, bila aku datang dekat si malia ni duk cubit-cubit naim yang tengah rancak bercakap. Bahasa isyarat suruh diam kot, i dont know. Pastu, aku dah boleh agak lagi. Tapi, aku play along jugak. kehkehkeh 


3. Habis kelas linguistics petang tadi, aku pelik dengan Fatin. Biasanya dia antara orang paling awal keluar dari kelas, tapi tadi dia macam teragak-agak nak keluar bila naim dan malia ajak. Pastu ditakdirkan aku nampak yang mata dia asyik melirik ke arah aku. Tak tahu bahasa isyarat apa dia guna tapi, aku buat-buat tak tahu jelah. 


4. Haaaa, yang ni paling epik. Paling win ah aku rasa sebab aku nampak direct kot! Aku nampak si Wan datang ke kafe sambil pegang kotak kek. Come on! Aku tak boleh buat-buat tak tahu bila nampak benda tu sebab aku rasa sesiapa yang nampak memang akan tahu tu kotak kek HAHAHAHAHHA. Aku nampak dari jauh kot dia pegang. Pastu bila Wan dah dekat dengan kami, aku terus pandang ke lain. Buat-buat tak nampak kononnya. 



Dan, sampailah ke waktu diorang sambut, bawak kek semua tu memang aku wahhhh terharu  ah...

Well, terima kasih sudi sambut jugak walaupun tak berharap mana(tapi berharap sebenarnya). How girls are .... hahaha 

Kek pun cun. Cantik gila walaupun ekonomik gila kena kongsi dengan si amalia. Kehkeh sweet gituhhh 



Thanks for the gift Fatin. TedTed lawa!!!! Well, my girlfriend knows my taste. Ni aku punya second teddy bear as a gift. First punya aku dapat masa sekolah rendah. (kawan bagi okayyy, selamanya takde boyfriend lol)

Dan, ni sambutan hari jadi paling cun dan rare bagi aku sebab disambut dalam candle light gittewww. IPG bergelap sebab takde elektrik hahaha. Lilinlah sebagai lampu kitorang time berbuka tadi. Memang romantik habis! 





Doa aku- moga ukhwah kita kekal haaa amacam? kehkehkehkeh



2 comments:

  1. happy birthday senior.. sukenya bila classmate appreciate kita cenggini kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahhahah kak muja typo ni! junior lahh hahaokay thank youuu *flying kiss*

      Delete

komen je nanti saya reply kay!

Labels

bloggingchallenge (31) travel (23) thought (16) IPG (12) personal (12) random (12) budak_sekolah (10) mylife (10) TESL (9) EnglishTeacher (6) Kota Bharu (6) soal hati (6) Kelantan (5) Miri (5) SBE (5) study (5) tips (4) umum (4) withfamily (4) food (3) friendship (3) hiking (3) marriage (3) outdoor (3) reviewnovel (3) sharing (3) smaasza (3) 2016 (2) foodporn (2) muhasabah (2) peringatan (2) relax (2) suara hati (2) #Pray (1) Bella (1) UPNM (1) aviation (1) buatmu (1) budak_jakun (1) crush (1) kahwin (1) korean (1) kualalumpur (1) layan (1) macam2 (1) motherhood (1) myRun (1) podcast (1) sahabat (1) sekolahku (1) sushiking (1)