Sunday, 5 July 2015

(Day 29) Single Woman 30-days Blogging Challenge

Assalamualaikum and hi!



29)   Who is your closest or most special friend that you’ve never met and what do they mean to you? How did you cross paths? Talk about how you “met” them: Facebook, Twitter, an online support group, etc.




Aku tak pasti samada aku pernah ada kawan 'maya', yang hanya hidup dalam dunia khayalan tanpa aku lihat jasadnya. Mungkin sebab aku tak pernah melatih diri aku untuk mempunyai kawan sebegitu. Kebanyakan kawan maya aku adalah kawan sekolah ataupun saudara-mara. 


Kepercayaan.


Atas dasar tidak mahu ditipu dan berhati-hati, mungkin sebab itu kut. Tapi, dulu pernahlah. 

Sekitar tahun 2009/2010 aku giat bermain blog dan facebook. Melalui facebook aku berkenalan dengan kumpulan hacker &^%$#%(dirahsiakan nama organisasi). Aku berkenalan tak lama pun sebab sekadar mencari teman maya lepak, isi masa kosong. Aku berkenalan dengan seorang lelaki dan perempuan dalam group tu. Malah aku ada belajar sedikit sebanyak cara menggodam komputer. Tapi, itu dulu. Sekarang aku dah lupa macam mana -.-'' 

source : google

Memang aku dikira berani mati gila sebab sanggup buat akaun baru dan cipta nama samaran baru. Budak-budak kan? Aku cipta nama samaran baru supaya aku dapat dekat dengan seorang lelaki dalam group tu. Aku memang nekad masa tu! Tapi mungkin Allah sayang aku kot, sebab aku tak sempat berkenalan pun dengan dia. Tak lama lepas tu aku hilang minat terhadap hacking-hacking ni. Sebab semuanya hidup dalam samaran. Anonymous. Sebab aku tak tahu yang mana realiti dan palsu jadi aku tinggalkan group hacker tu. (padahal tak officially jadi ahli pun lulz)

Tapi, blogging --- wahhh! heaven gila masa tu. Aku sangat gilakan blogging di waktu tu. Sekarang pun gilakan tapi dah matang sikit ihikk. Kalau dulu, setiap minggu tukar template blog. Nampak yang cantik-cantik sikit terus download. Tak menahan godaan haha.
Banyak gila nama samaran aku masa mula-mula buat blog. yelah, konon nak bagi orang kenal dengan nama tu. konon je lebih padahal pembaca blog tu, kawan-kawan je pun lol.

So, nak kata teman istimewa di alam maya tu takde la kot. Sebab aku mengambilinisiatif berkawan dengan SEMUA. Cuma, sekarang aku dah tak terlibat dengan perkara yang menjatuhkan kredibiliti aku sebagai 'kawan'.

ok tu je. Terima kasih sebab baca :)

No comments:

Post a Comment

komen je nanti saya reply kay!

Labels

bloggingchallenge (31) travel (23) thought (16) IPG (12) personal (12) random (12) budak_sekolah (10) mylife (10) TESL (9) EnglishTeacher (6) Kota Bharu (6) soal hati (6) Kelantan (5) Miri (5) SBE (5) study (5) tips (4) umum (4) withfamily (4) food (3) friendship (3) hiking (3) marriage (3) outdoor (3) reviewnovel (3) sharing (3) smaasza (3) 2016 (2) foodporn (2) muhasabah (2) peringatan (2) relax (2) suara hati (2) #Pray (1) Bella (1) UPNM (1) aviation (1) buatmu (1) budak_jakun (1) crush (1) kahwin (1) korean (1) kualalumpur (1) layan (1) macam2 (1) motherhood (1) myRun (1) podcast (1) sahabat (1) sekolahku (1) sushiking (1)