14)
Describe the last moment you felt really, truly blissful
Oh sebelum tu, aku nak ucapkan Selamat Hari Lahir kepada diri sendiri yang semakin cun dan muda ini!
19 JUNE 2015.
Wehh, bersyukur tau, hari lahir jatuh pada hari Jumaat. Semoga diberkati harapnya. Dan satu doaku-biarlah rahsia hahaha. Amiinn!
Back to the topic, momen terakhir yang aku berasa dirahmati.Macam semalam lah. Sangat blissful. Alhamdulillah sempat melanjutkan usia dan merasa Ramadhan. Satu kenikmatan tau! Sebab kawan seusia aku dah 2 orang pergi menghadap Illahi dan mereka tak sempat menjengah Ramadhan. Al-Fatihah.
Sebenarnya, konon nak tulis entri sebelum jam 12 malam. Sekaligus buat post birthdaylah tapi hampehh, terus jam 11.30 dah terbongkang memeluk si Whitney sambil menganyam air liur basi atau dalam bahasa mudahnya TIDUR.
Bila bangun esok pagi terus tangan meraba-raba henfon buka whatsapp. Teruk betul perangai! Okay tipu bangun pun mamai-mamai masuk dapur terus tanya ummi, menu sahur. Kononlah, birthday girl kan, pi kacau-kacau lauk atas kuali. Lepastu, makan dan masuk bilik balik tengok fon yang bertubi-tubi berbunyi. Penuh dengan ucapan "Happy Birthday" !!! Suka lah kitewww~
Bermula daripada group sekolah menengah, beranjak ke group lajnah, seterusnya tengok beberapa ketul manusia yang private message aku dengan ucapan sangat bermakna. Terasa kerahmatan doa tu meskipun hanya copy paste! hahahaha. Group family siap hantar video happy birthday lagi dan mencurah-curah. Terima kasih daun keladi hingga tak terhingga! I owe you! Oh ya, masa berbuka puasa tu kan, mak kita masak special sangat. Gulai daging dan ayam masak merah. Banyak jugak sebab ajak mak-ayah saudara makan berbuka sekali. Jarang nak tengok mak i memasak besaran macam ni. Just for her daughter kahkahkah(geli pulak baca)
This is the last moment aku rasa blissful. Maklumlah. Sekarang aku dah selamat berada di kampus. Isnin ni start mendaftar sebagai pelajar B.Ed. Doakan aku guys. Biar result cun takyah repeat hahahhalol
![]() |
| awwww!! comelnya kita masa baby. |

No comments:
Post a Comment
komen je nanti saya reply kay!