Thursday, 18 June 2015

(Day 12) Single Woman 30-days Blogging Challenge

Assalamualaikum and hi!


12)   Your proudest accomplishment



5.15 AM.
Korang dah sahur ke belum? Pergilah cepat. Subuh awal. Selamat menyambut bulan Ramadhan ke pangkuan masing-masing. Aim your goals for this Ramadhan. Yelah, mana tau kang ni Ramadhan terakhir. Maut kita tak pasti bila. Tapi dia pasti datang. Heeee


Back to the topic.


Setakat aku hidup ni, diberikan nafas baru setiap hari, walaupun setiap hari berdosa kepada Pencipta, tapi Dia tak pernah kecewakan aku. Dah ada yang tu dah cukup bagus. Tapikan, tu dari segi kerohaniannya. Yang aku nak cakap ni dari segi pencapaian aku dalam akademik atau orang kata self-learning experience. Aku tak dewasa sangat nak ada kerjaya sendiri yang dianggap satu accomplishment. Malah, apatah lagi kejayaan besar-besar seperti 11A/12A SPM dan menjadi terkenal di sekolah ataupun tv atau surat khabar.


Satu accomplishment aku- Sambung belajar.


Serius, tak semua orang bertuah macam aku. Boleh sambung belajar, ditaja oleh wang kerajaan(praktikalnya duit rakyat), dan boleh berlega sedikit. Bila terdengar keluhan kawan-kawan yang sambung belajar di IPTA/IPTS, aku tumpang sedih tapi dalam masa yang sama bersyukur. Apesal macam sayu je suasana ni.


Dan, tak semua manusia seusia aku berjaya sambung belajar ke peringkat tertinggi. Contoh terdekat sudah ada. Walaupun peluang pendidikan sudah terbuka luas, masih ada lagi yang buta huruf, buta abjad, malah tak semua mampu mempunyai pengetahuan satu aras dengan apa yang aku pelajari. Jadi, bila aku dapat sambung belajar, aku berasa seperti satu daripada jutaan sperma yang mampu melepasi ovum. Malah, bila tengok ummi abah yang gembira dengan ‘perjalanan’ aku setakat ini,aku lega. Pertama kali tau, aku tengok abah dengan sukahatinya memberitahu kawan-kawan dia tentang education anak dia. Ada sinar gitu.


source:google



Sebenarnya, aku tak rasa sambung belajar ni satu accomplishment lagi sehingga aku betul-betul dapat kerja. Oh ya lupa, walaupun aku guru pelatih tapi pekerjaan ini pun tak menentu sebenarnya. Tak dijamin sangat.(untuk pengetahuan am) That is why I try to work really smart and wise. Aku tak nak menghafal dan meng-teori semata-mata. Biarlah ilmu tu melekat selamanya.  


Jadi, tu jelah accomplishment aku.


Accomplishment sementara.


Setakat ini.


No comments:

Post a Comment

komen je nanti saya reply kay!

Labels

bloggingchallenge (31) travel (23) thought (16) IPG (12) personal (12) random (12) budak_sekolah (10) mylife (10) TESL (9) EnglishTeacher (6) Kota Bharu (6) soal hati (6) Kelantan (5) Miri (5) SBE (5) study (5) tips (4) umum (4) withfamily (4) food (3) friendship (3) hiking (3) marriage (3) outdoor (3) reviewnovel (3) sharing (3) smaasza (3) 2016 (2) foodporn (2) muhasabah (2) peringatan (2) relax (2) suara hati (2) #Pray (1) Bella (1) UPNM (1) aviation (1) buatmu (1) budak_jakun (1) crush (1) kahwin (1) korean (1) kualalumpur (1) layan (1) macam2 (1) motherhood (1) myRun (1) podcast (1) sahabat (1) sekolahku (1) sushiking (1)