Wednesday, 19 December 2012

#10 past, now,forever


Darjah 4 

Aku mula mula kenal sukan ialah bola jaring. Aku sangat minat + suka + obses dengan netball. Everyday  setiap petang aku akan pergi training dan korang dapat bayang tak betapa gembiranya kalau korang orang pertama yang sampai ke tempat training.Selalu training, warm-up, macam macam lah. Tapi, netball team sekolah aku tak ke mana pun. Even baju for netball team memang takde. Kami pakai baju netball yang turun temurun dari senior dolu dolu . Selalu  kalah. Bukan nak berbangga tapi setiap kali bola sampai kat aku memang masuk goal. Yeayhh, u'know me- the goal shooter. Tapi, kalah sebab barisab tengah,pertahanan dan attack yang lemah. Kadang aku rasa macam bosan jugak. Asyik aku je yang bersungguh dalam game. Yang lain asyik berserah pada takdir. Ciss.

Darjah 5

Seorang coach bola tampar + cg matematik menyindir aku.

" Eleh Mizah, setakat sambut bola masuk goal, everyone can do it ! netball team komanggg. Pergi join volleyball la.Tengok volleyball. Masuk national level. Netball ? Habis game balik rumah esok training pulok. Asyik kalah. Dok rok cetonggg. "

Sentap! Senntap! Sentap! aku dengan cg ni. Dahlah sindir depan depan. Aku pun macam dapat satu kekuatan bila kawan2 turut pujuk supaya masuk volleyball. Dengan rendah hati + diri aku join volleyball. Mula mula join tu, cg tu ada jugak sindir sikit sikit pasal netball team yang tak berapa nak jalan. Tapi aku macam redha je. Malas masuk campur =.=''

Then, aku boleh pergi banyak competition. Lepas menang school level, menang district level pulak. Lepas tu state level. Memang aku rasa teruja sebab first time sauk gold medal. Wowowow ! Gold medallist. sesuatu yang aku memang teringin dari kecik. Now I deserve it :)

Time tu jugak, coach buatkan aku and the gangs jersi  merah :) hikhikhik. Aku pilih nombor 10 ! Why ? Sebab nombor 10 bawak tuah ? Sebab 10 mengajar aku erti kesungguhan ketika training. Dan, 10 juga nombor idola aku , yeayyyy ! Idola la sgt kannnn ...

Jenggg jenggg jenggg !


Aku minat dia ni dari darjah 5 tau ! Tahun 2007 . Aku tak ingat macam mana boleh kenal tapi aku ingat sebab dia penyerang berbisa. Yaaaaa... aku ingin menjadi striker berbisa dalam volleyball. Malangnya, aku agak lemah bahagian servis. lol . Semua orang upper servis, aku je lower servis. :)

Darjah 6

Aku still setia dalam volleyball. Netball team pulak aku mintak coach serah kat junior/senior lain. Sebab aku kemain busy dgn volleyball. jahat kan aku ? Berpaling tadah :( tak lah. Sebab coach netball sendiri cakap. You know what's best for you, then you should go for it. Haha. omputisss gitu. Kelas kauuu mariaaaa ..

Kemaman, Besut, Setiu, Dungun. Semua aku jelajah dengan VB team. friendship match. school level game, district level game, sampailah mara ke state level game. Malangnya... aku tak terpilih untuk bermain ke state level game. Sebab aku masih 2-tahun-pemain . Ya ya ya. I'm the newbie one :( Tapi aku berbangga sebab dapat naikkkan nama sekolah sekaligus dapat pulak jersi warna biru merah kuning. hikhik nmbor nya pun 10 :)

p/s : Nantikan sambungan #10 past, now,forever 2 pulak. Bagaiman perjalanan di sekolah menengah ? Adakah saya kekal dengan VB ataupun sambung kontrak dgn NB ? Cesss. 

4 comments:

  1. Wah wah wah!! Suspen nye ayat akhir kau tuuu!!

    Khheellaaass kau Mijaaaah! :)

    ReplyDelete
  2. Boleh sudah wakil negara lol..:P

    ReplyDelete

komen je nanti saya reply kay!

Labels

bloggingchallenge (31) travel (23) thought (16) IPG (12) personal (12) random (12) budak_sekolah (10) mylife (10) TESL (9) EnglishTeacher (6) Kota Bharu (6) soal hati (6) Kelantan (5) Miri (5) SBE (5) study (5) tips (4) umum (4) withfamily (4) food (3) friendship (3) hiking (3) marriage (3) outdoor (3) reviewnovel (3) sharing (3) smaasza (3) 2016 (2) foodporn (2) muhasabah (2) peringatan (2) relax (2) suara hati (2) #Pray (1) Bella (1) UPNM (1) aviation (1) buatmu (1) budak_jakun (1) crush (1) kahwin (1) korean (1) kualalumpur (1) layan (1) macam2 (1) motherhood (1) myRun (1) podcast (1) sahabat (1) sekolahku (1) sushiking (1)