Awak,
Kenapa awak degil ?
Nak jugak berkawan dengan saya
Awak rela berhabis kredit untuk hantar mesej kat saya
Awak,
Saya tak minta pun kita kenal.
okey saya tipu. Saya berharap kita kenal satu sama lain
Tapi, saya rasakan itu cuma mimpi saja
Tak pernah mengambil serius pun
Awak,
Saya ni bukan sesiapa pun
Famous? Dalam mimpi je semua tu
saya tak suka famous famous ni
Saya tak suka orang asyik komen kerja saya
Tapi, awak kan famous!
Kadang, saya rasa malu nak berganding dengan awak.
Awak,
Awak terkenal di sekolah dengan budak bijak
Saya pula, setakat sseciput A pun rasa sesak dah
Saya betul betul malu dengan awak
Awak,
Kadang, awk pandai ambil hati saya
Awak bergurau dengan saya macam sahabat karib
Tapiiii, saya kekok.Serius!
Awak bagi saya harapan, saya cuma takut..
Takut harapan awak nanti tak tertunai.
Dan...dan...dan..saya? Macam mana dengan saya?
Andai satu hari nanti harapan awak hancur.
Apakah harapan itu tinggal dengan saya?
Bersama airmata dan hati yang luka ?
Saat itu,saya yakin hati awak pada yang lain.
Saat itu, harapan yang awak berikan hanya angin lalu
Sungguh saya takut saat itu.
Awak,
Masih panjang ranjau yang saya kena tempuhi.
Cita-cita saya belum tertunai lagi.
Tanggungjawab saya terhadap ibubapa belum berbayar.
Awak,
Andai kata suatu hari nanti, kita bertemu.
Itulah takdir.
Izinkan saya mengejar cita-cita dan impian saya.
Mengejar mimpi menjadi realiti.
Awak,
sebab itu saya tanak diri saya bergantung terlalu berharap pada awak.
Thanks for every single thing. :)
ololololo...
ReplyDeletesedih nmpk..~
susah nak tulis entry cam ni tau ! kena amik feeeeell dulu .. ehehe
ReplyDelete