Monday, 28 May 2012

Ko ada ciri suami soleh


Assalamualaikum.

Entry petang ni sebenarnya ditujukan khas kepada jejaka atau suami atau pembujang sekelian mahupun yg bakal  mendirikan rumahtangga. Elehhh, lelaki ni, sebut pasal kahwin laju je angguk, eh, yg perempuan pun sama.... takde beza... Memang happy nak kahwin, sunnah Rasulullah,satu ibadah dan jika diaplikasikan dengan cara yg betul akan menjadi satu ganjaran/jihad yg paling besar tapi  seramai mana yg mengikut apa yg Rasululah ajar ??? *cettt, kalah Dr. Fadzillah Kamsah*

Mood aku nak tulis entry ni mencacak cacak naik sebab akhir akhir  ni, aku kerap menghadiri kenduri kahwin. Jadi, tu lah pasal feeling sikit. Ko ingat, nak jadi suami ni senang ke ? Ohh, setakat balik kerja bini buatkan air, sangkut kot di almari dan cabutkan stoking untuk kau, ye! Mang senang...!!! Kau pun rileksss je kan mengadap tv tengok pi mai pimai tang tu sampai ketawa x hengattt dunia sedangkan bini kau terkongkang kangkung kat dapur sorang2. Kau ingat tu je ke kerja suami ???

iluvIslam

Konon nak ikut sunnah lah, rupanya sunnah yg dimaksudkanPOLIGAMI...kepala hotakkk kauu!! Senanglah cam tu, kahwin sorang, buat projek pastu kahwin lagi satu. Dapat anak, tinggal... Haha....porno nye akuu....sorry.sunnah yg aku maksudkan seperti berikut ye gentlemanssss -à

1] Tolong bini kau    
                                                                                                                                      
- Penat kan balik kerja dari pagi sampai ke petang, kadang tu malam. Memang penat tapi, apa salahnya sekali sekala time waktu lapang, pergi tolong bini kat dapur. Bukannya kena bayar pun kann ?? Daripada ko layan feeling sorang2 depan tibi... takde pekdahh. Sambil2 tolong hiris bawang,sharelah cerita korang sepanjang hari itu. Tak payah nak tunggu nanti malam baru nak cerita.....

2] Layanan first class

- okeyy..yg ni aku pk panjang sblum type tauuu! Korang ni, dahlah bini tolong masak, tolong sidai baju * kalau sebut masak, mesti ada sidai baju kat belakang*.....hargailah usaha kerja bini korang tu. Ni tak, order tu lah order ni lah. Buat bini macam pelayan restron.... cubalah sekali sekala layan bini korang macam puteri skit...skittt pun cukuplah, jangan banyak2, nanti naik minyak kanggg ...haha. Apa kata kalau hujung minggu tu, korang pulak yg bawakkan air tuk dia, masak tuk dia... biarlah masakan korang hangus meletum pun, asalkan ada USAHA ke arah itu...

3] Kemas kemas

- yang ni biasanya lelaki mesti serah kat pompuan... Alahhh! Perempuan kan ada, biarlah diorang buat ! Mana2 laki yg cakap macam ni  mang tak layak jadi suami soleh. Ada ke patut semua kerja serah kat pompuan. Kadang tu, bangun dari katil punnn pompuan kena kemas. Plisssss! Tak boleh berdikari skit kee ??? Sebiji sudu pun nak harapkan pompuan basuh. Oh plissss..... mengada gilooo...Apa salahnya tolong kemas cadar sendiri, basuh sudu sendiri, masukkan baju kotor dalam washing machine sendiri....Dahlah bini kena masak,basuh baju takkanlah benda remeh cam tu tak boleh buat ??? Nayalahh cam ni.. Tok sah kawin2 lah ye senang....


google
Aku rasa tu je kutt..ni menurut pandangan aku. If you have doubt on it, or something fishy about it, just klik the comment form okkkk ???



Sekian, wassalam...



4 comments:

  1. bukan senang nak cari lelaki soleh sekarang ni..yang penting diri kita kena jadi solehah dulu..:)

    ReplyDelete
  2. mak datok entry dia...

    "garang" ..!

    :)

    ReplyDelete
  3. @Prettywrite

    YUP...LELAKI YG BAIK TUK perempuan yg baik2..kan?

    ReplyDelete

komen je nanti saya reply kay!

Labels

bloggingchallenge (31) travel (23) thought (16) IPG (12) personal (12) random (12) budak_sekolah (10) mylife (10) TESL (9) EnglishTeacher (6) Kota Bharu (6) soal hati (6) Kelantan (5) Miri (5) SBE (5) study (5) tips (4) umum (4) withfamily (4) food (3) friendship (3) hiking (3) marriage (3) outdoor (3) reviewnovel (3) sharing (3) smaasza (3) 2016 (2) foodporn (2) muhasabah (2) peringatan (2) relax (2) suara hati (2) #Pray (1) Bella (1) UPNM (1) aviation (1) buatmu (1) budak_jakun (1) crush (1) kahwin (1) korean (1) kualalumpur (1) layan (1) macam2 (1) motherhood (1) myRun (1) podcast (1) sahabat (1) sekolahku (1) sushiking (1)