Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum ya ahlul blog..-_-....
Kelmarin 1/APRIL/2011....Tahukah anda apakah hari itu.? Hari itu adalah hari jadi sahabat lama saya. Alhamdulillah. Baru wishlist beliau di wall facebook beliau tadi.Kenapa saya membahasakan dirinya beliau ? Sedangkan dia bukanlah dari orang yang berpangkat tinggi malah jauh sekali bersekolah agama.Dia telah mendahului saya dalam setiap peperiksaan. Malah dia sering berada di rangking TOP 5.Jadi saya rasa beliau memang layak digelar beliau.Saya ? Biasa-biasa sahaja.Masih dalam renovation.Hehe...-_-
Bercakap tentang birthday beliau , saya tahu ia bersamaan dengan APRIL FOOL yang disambut dengan meriah oleh sesetengah manusia. Moga2 kita tak tergolong dalam golongan itu,InsyaAllah..
Mengimbas kembali tahun 2007, ketika itu masih merangkak lagi di alam persekolahan. 1 APRIL 2007 itu ketika kelas tambahan malam. Kebetulan birthday beliau. Kami( Sahirah, Hakimah,ASyiqin ) merancang konon-kononnya nak buat suprise kat beliau. Tup..tup.beliau tak hadir. Pergi sambut birthday dengan family beliau.
Keesokannya,kami ada ceramah motivasi.Seorang guru practical bertanya,
"Awak semua tahu tak APRIL FOOL itu datang dari mana ? I mean...asal-usul peristiwa dia ?"
KAmi hanya menggelengkan kepala.
"Suatu zaman dahulu,ketika Islam dan Kristian mengalami krisis peperangan, Kristian menyerang sebuah bandar yang didiami umat Islam majoritinya. Keadaan waktu itu amat darurat.
Umat Islam yang ketakutan ada yang bertempiaran lari, menyorot di bawah katil, bersembunyi di dalam rumah dan macam2 lagi. Mana2 umat Islam yang dijumpai akan langsung dihunuskan pedang dan tamatlah riwayat hidup.MasyaAllah....Beberapa hari kemudian pun askar Kafir tetap berlegar-legar nak mencari kaum muslimin. Lama ketika, umat Islam mendapati KAfir sudah lari meninggalkan halaman mereka. Lalu,mereka keluarlah beramai-ramai sebagai tanda kebebasan yang dicapai. Sebaik saja keluar dari persembunyian, Kafir Laknatullah terus keluar dari persembunyian mereka dan membunuh umat Islam.rupa-rupanya,mereka belum berputus asa dan menyembunyikan diri kerana mereka yakin muslimin masih ada di kawasan tersebut. Akibatnya, muslimin dibunuh dan peristiwa ini menyebabkan muslimin seperti diperbodoh oleh kafir." Beliau mengakhiri cerita perkongsian beliau.
Aku yang mendengar tersentak. 'Allah...Syukurlah aku belum menyambut April Fool semalam. Syukurlah Ilyani tak datang ke kelas malam. Moga2 kami terus terhindar dari segala bentuk kejahilan' Hati ini menyesali kejahilan ini....Allah..ALhamdulillah....
Begitulah kisahnya mengapa aku tidak menyambut APRIL FOOL.Anda bagaimana ? Mengapa anda tidak menyambut APRIL FOOL ? Anda boleh berkongsi di ruangan komen hehe....Jika ada pendapat lain,kita bolehlah share-share.....kan ke sharing is caring ? Sama-samalah kita sebarkan ilmu dan selamat beramal...
Maaflah....tajuk entry agak mengancam sedikit... whiuuuuffff ...(n_____________n)
Maaflah....tajuk entry agak mengancam sedikit... whiuuuuffff ...(n_____________n)
~que sera,que sera,whatever will be will be.the future not ours to see....~
No comments:
Post a Comment
komen je nanti saya reply kay!