Sahabat,
Kadang-kadang,aku ada masa kejatuhan,oleh itu janganlah engkau lari dariku,
Kadang-kadang,aku ada masa kebangkitan,oleh itu janganlah engkau dengki,
Kerana yang menjadikan itu semua ialah ALLAH,
Aku tidak berhak menjadikan itu semua,
Aku juga mendoakanmu,TApi aku berusaha sembunyikannya,
Bagiku,cukuplah doaku hanya ALLAH yang tahu,
Sahabat,
Tahukah engkau,bahawa sesungguhnya aku selalu menunggumu,
Biarpun engkau sendiri,aku tetap di sisi,
Biarpun kau seorangan,aku tetap sabar,
Biarpun kau sunyi,aku akan hadir menenangkanmu,
Namun,
Bagaimanakah harus ku ungkapkan perkataan itu,
Ungkapan yang aku tak pernah berikan kepada sesiapapun selepas dia....
Ya....
Selepas dia yang jauh dariku kini....
yang merantau mencari redha Illahi...
Sahabat,
Ungkapan sayangku luas buatmu...
Oleh itu,janganlah kau khianati kepercayaanku padamu..
Meskipun banyak kali hati ini menangis keranamu...
Meskipun banyak kali mata ini kuyu keranamu....
Aku tidak pernah mengharapkan yang lain....
Aku tidak pernah percayakan yang lain....
kerana kau yang pertama menyakitiku...
Kerana kau yang pertama melukaiku...
Kerna kau juga yang pertama menghibakanku...
Aku redha...
Andai ALLAH belum menghantar yang terbaik buatku..
Andai ALLAH belum menemukan aku dengan yang sebetulnya...
Aku pasrah...
(sumber: youtube)
No comments:
Post a Comment
komen je nanti saya reply kay!