'betul3'dia membalas.Aku berasa gembira kerana akhirnya ada juga usaha kawan-kawanku untuk buat reunion ni.Jam menunjukkan pukul 9.00 pagi.Alamak!Aku kena siap-siap ni...Aku log out dari
'Kita ke sana cm maner?'Aku menghantar mesej kepada rakanku melalui sistem pesanan ringkas.
'Aduhh....sendirian berhad lar..'Dia membalas...Tanpa berlengah,aku dihantar oleh umi dan abah yang kebetulan mahu ke kenduri kahwin....Jam menunjukkan 10:45 pagi..kereta masih berada di jalan raya..Aku mengingatkan umi bahawa reunion ni pukul 11:00 pagi.Aku memang seorang yang tidak suka kepada kelambatan.Aku cukup benci orang yang lambat..Bagi aku,Janji Melayu memang tidak berguna....Huh aku mengeluh sendirian di dalam kereta...'Astaghfirullah hal 'Azim..'Aku beristighfar di dalam hati..Yelah..nak menenangkan hati yang kian berdebar hebat....Kenapa lah aku berdebar sangat ni...Macam ribut taufan pulak....
Tut...Tut..tut....telefon di sebelahku berdering..Aku buat tidak tahu apabila mengetahui nama pemanggil tersebut.
Sahirah..kawan aku...hmm mesti dia tunggu dah kat Giant tuh...Entah yang ke berapa kali telefon ni berdering...
Akhirnya senyap...Aku menarik nafas lega...Fuhh....Tidak sampai lima minit,telefon umiku berdering...Umi mengunjukkan telefonnya kepadaku,"kawan kakak"Umi berkata.Aku menyambut dengan perasaan yang berdebar.
"Hello?? Ah..A'ah..dah dekat dah...oo..ok.."Aku menutup telefon.Aku sempat berpesan agar dia menunggu aku di pintu masuk Giant.Setibanya aku di Giant,entah kenapa,jantungku berdegup tidak henti-henti...Memanglah,kalau berhenti macam mana nak hidup??Aku tersengih sendirian.Aku diberitahu bahawa reunion tu diadakan di KFC Giant.Aku lantas berjalan ke arah eskelator.....Sewaktu berada di eskalator,aku terpandang wajah budak lelaki kelas aku,Rahimi.Hah???Rahimi.???Aku memalingkan wajahku ke luar dinding kaca pasaraya Giant...Aduh..budak tu dahlah Sekolah agama jugak....Takper,takper,dia tak perasankan aku tuh....Aku jer yang perasan....
Sampai di hadapan KFC,aku tercari-cari kelibat rakan-rakanku...Namun hampa.... Tiba-tiba ada seseorang yang menepuk bahuku..."Mizah...Lama tak jumpa..???Apa khabar???"Aku tersenyum."Baik.."raja rupanya...Kemudian,rakanku yang lain datang.Wafa,Sahirah,Syiqin,Hilmiyah,Muslihah,Fahmi,Rahimi dan Iqhmal.Dengan malu aku bertanya,"Eh,yang lain mana?"
"Tahulah,takdi mangat kabor nok mari ni tengok dok mari-mari pon,"Raja mencelah.
(Tak tahulah,Tadi begitu semangat cakap nak datang tapi tak datang2 pun)
"Anis syahiza,Hajar,Yani,Anis Aqila,Kabor nak mari....Tunggu2 dok sapa-sapa..."Sahirah menyambung
(cakap nak datang..tunggu tak sampai2 pun..)
Sambil berjalan,aku bercerita,"Hari tu sy jupe Asyraf,ye tegor sy lu....ye tanye sy skoloh maner?Sy jawab laa yg sy skoloh Smaasza."
(hari itu saya terserempak dengan Asyraf,dia yg tegur sy dulu...dia tanya sy sekolah kat mana??Sy jawab laa yg sy bersekolah di Smaasza)
mereka mengangguk...
Seketika aku terpana dengan penampilan kwan-kawanku.mereka berseluar jean biru dan berbaju maxi denim para punggung.memang cantik tapi aku malu melihat mereka yang berpakaian sebegitu..Entahlah!Mungkin aku terbiasa dengan tarbiyah di Smaasza,jadi apabila melihat manusia yang melakukan perkara yang aneh,aku jadi shocked...Barulah aku sedar...rupa-rupanya inilah yang dikatakan dengan culture shocked... Tambahan pula,yang lebih mengejutkan aku ialah mereka(kawan perempuan) hanya berbicara dengan kawan lelaki hanya beberapa langkah laki sahaja....Aku jadi berdebar melihat ini semua lalu hatiku merintih..'Ya Allah!engkau berilah mereka hidayah...Engkau tetapkanlah hambaMu ini di atas jalanMu Ya Allah...'Aku mahu menangis melihat ini semua namun tidak terdaya aku untuk itu semua....
Lalu,kami beredar ke KFC untuk makan...Kami memesan apa sahaja yang terlintas di fikiran..
Aku,Hilmiyah dan Muslihah duduk di meja yang paling hujung manakala di tepi kami,sahirah,Syiqin dan Wafa.Namun,tanpa disangka,Fahmi datang dan duduk di sebelah Wafa.Wafa yang terkejut bagai nak rak terus bangun dan duduk dengan Rja di meja sebelah sana,di sebelah Rahimi dan Iqhmal...Aku dan Hilmiyah hanya menggelengkan kepala kami melihat situasi itu.Sementara menunggu makanan tiba,kami berbual-bual dan berkongsi cerita tentang sahabat dan sekolah masing-masing...
Saat aku tenggelam dalam ceritaku....telefonku berbunyi...Tahulah aku yang umi sedang menungguku di bawah...Lalu,aku meminta diri untuk pulang.....kami bertukar-tukar nombor telefon....tapi,aku tidak memberikan nomborku kepada Fahmi,Rahimi dan Iqhmal..Takut kalau terjadi apa-apa.....
Begitulah....kami berpisah dan dengan langkah yang berhati-hati,hati memohon,"Ya Allah,Engkau berilah rakanku hidayahMu agar mereka tetap di jalanMu...Amiin...."
~apa2 pun,mereka tetap kawan aku....~


dobry start
ReplyDelete