Saturday, 29 October 2011

Agro Resort Besut,Terengganu

Assalamualaikum and greetings to all...

Alhamdulillah..dah sampai menjejakkan kaki ke Kuala Terengganu. Setelah berkampung selama 2 hari  2 malam di Setiu.
Rasa nak duduk lagi jer kat Agro Resort tu. Tak puas. Kalau ikutkan hati, aku nak main banyak lagi tau..flying fox, berkayak, water confidence and more. 

Asalnya, kelas aku tahun lepas yang kena pergi, tapi disebabkan masalah yang tertentu yang maybe sengaja dicipta ataupun tersengaja, jadi hanya certain saja yang dapat pergi. Aku, Tehah, Izyan, Kinah, Asma.'a, and Saadah. Lelaki pulak, yang berjaya stay hanya Rahim, Sayman,, Rafiq and Hasni. Alaaa, acah-acah backpacking la ni. Kitorang pergi memang takde transport yang ditaja. Hanya dengan bas ting tong atau orang panggil, bas loncat. Pergi dengan bas SP BUMI yang kitorang memang tunggu kat stesen bas. Nervous kot! First time pergi dengan kawan-kawan dan memang kitorang pergi tanpa pengetahuan sekolah. Hahahah degil tak? Sebab masa tu memang tak nak libatkan cikgu, satu lagi mak ayah si Teah ni ada guide kitorang sepanjang kat sana nanti. 

Memang satu perasaan yang tak terjangka terjadi. Nasib, mujur, untung kami tak terlepas dari rumah si Teah sebab bas tu hampir-hampir terlajak! Rahim jugak yang jadi superhero, tekan loceng tapi kena jalan kaki jauh sikit dengan rumah Teah. Aku berdebar nak luruh jantung. Cemana kalau bas tu terlajak sampai ke luar Terengganu? Hohohoho


Sejauh ni kami jalan kaki untuk sampai ke pangkuan Agro Resort. Mampuihhh

---------------------------------------------

 Kat Agro tu ada satu kolam renang. Saiz kecil besar semua ada. Semasa berenang dalam kolam, aku yang tak pandai berenang buat aksi berani mati nak terjun kolam dan at last, aku lemas dalam beberapa saat dan diselamatkan oleh keapungan badanku sendiri. Tu laa.. dah cakap jangan benam kepala dalam air ko tanak dengar...

Restroom where we sleep, lepak 

Akibatnya, rasalah kepanasan suhu badan yang naik mendadak malam tu, sampaikan aku nak bawak tikar pun Asmaa' tanak bagi.

hey, hey, don't get me wrong...i'm not falling sick. Tapi, geram dengan hasni yang cakap kat aku yang aku ni berlenggang tak bawak apa2 barang and bla..bla..bla...panjang sungguh komen dia, macam mak nenek aku kat kampung ni haa...

Petang jumaat tu pulak, kitorang berkayak. Aku berdebar jugak, maknanya, first time berkayak memang rasa takut dah....


Aku tengok air tasik pun telan air liur. Apa taknya, geli geleman dengan warna air yang hijo tu, kalau2 aku lemas camner? Hisyh...Nauzubillahimindzalik. Satu faktor lagi aku rasa geli maybe sebab ada saluran paip dari kedai makan tu yang mengalir terus ke tasik tu kot. Aku macam ... mak aiiii (pegang tekak)

Malam tu pulak, pergi rehat kat playground.
Tetiba,

"Kalau dia datang,agaknya awak talk talk tak dengan dia?" Tiba2 kawan aku melontarkan soalan cepu emas tuh.

"Ermmm....tak kot....gila, dengar suara dalam handphone pun aku dah nangis, apalagi cakap depan2...Aehh, ko nak aku jadi macam hari tu ker? Ko tau tak, dia tep0n aku guna handset kawan dia. Aku yang ingatkan ada benda penting ni angkatlah juga handphone tu, rupa2nya, dia!!! Masa orang baca yassin, aku duk sob..sob..sambil baca yassin. Gilaa....takut sangat2 dengar suara dia.." dengan lemah aku menuturkan kata. Okay, aku rasa korang tak payah fahamlah dialog ni. Just a (pillow) talk with a girl :)

Akhirnya, aku balik ke bilik ditemani oleh kawan. Dan tidurku malam itu ternyata lena sekali sebab dapat ucapan selamat malam....hehe..tak pernah dibuatnya oleh orang kat aku camtu....
Kengkawan yang tak dapat pegi tu , aku agak terkilan dengan mereka coz tak dapat bersama buat isi masa2 terakhir ni....Kalau korang pindah tahun depan camne erkk?? Boleh ke ulang masa nak bersama?? erm

...que serra,que serra, whatever will be will be the future not ours to see..

No comments:

Post a Comment

komen je nanti saya reply kay!

Labels

bloggingchallenge (31) travel (23) thought (16) IPG (12) personal (12) random (12) budak_sekolah (10) mylife (10) TESL (9) EnglishTeacher (6) Kota Bharu (6) soal hati (6) Kelantan (5) Miri (5) SBE (5) study (5) tips (4) umum (4) withfamily (4) food (3) friendship (3) hiking (3) marriage (3) outdoor (3) reviewnovel (3) sharing (3) smaasza (3) 2016 (2) foodporn (2) muhasabah (2) peringatan (2) relax (2) suara hati (2) #Pray (1) Bella (1) UPNM (1) aviation (1) buatmu (1) budak_jakun (1) crush (1) kahwin (1) korean (1) kualalumpur (1) layan (1) macam2 (1) motherhood (1) myRun (1) podcast (1) sahabat (1) sekolahku (1) sushiking (1)